in

Kajian Dedah Pemandu Kereta Mewah Miliki IQ Tahap Rendah

Kereta Mewah Iq Rendah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berdepan dengan perangai buruk segelintir pengguna jalan raya kadang-kadang boleh membuatkan kita sakit jiwa dan perlu menahan sabar.

Selain jengkel dengan beberapa perangai pemandu yang malas menggunakan signal, pemandu yang merasakan dia sahaja yang betul dalam semua perkara juga buat kita pening kepala.


Baru-baru ini, ada satu kajian di United Kingdom (UK) mendapati bahawa jenis kenderaan yang dipandu berkait rapat dengan tahap kecerdasan seseorang.

Kereta Dilanggar Belakang E1651551531425

Kajian tersebut dilakukan oleh Scrap Car Comparisan melibatkan lebih daripada 2,000 pemandu kereta di UK dengan membuat ujian kecerdasan otak (IQ).

Menerusi hasil kajian itu, didapati golongan pengguna kereta BMW dan Fiat mendapat purata skor IQ paling rendah iaitu masing-masing sebanyak 91.68 dan 90.14.

Namun, tahap kecerdasan pemandu Land Rover paling teruk dengan skor IQ purata hanya 88.58. Korang boleh tengok senarai kereta di bawah.

Screenshot 20230224 031858

Pengguna kereta EV juga kategori IQ rendah

Kajian itu juga menunjukkan pengguna kereta elektrik mendapat skor IQ purata yang paling rendah iaitu hanya 90.19.

Manakala mereka yang menggunakan enjin petrol mendapat skor IQ purata tertinggi, diikuti pemilik kereta hibrid dan kereta diesel.

Selain itu, kajian tersebut turut mengaitkan warna kereta dengan tahap kecerdasan pemiliknya. Warna putih didapati mempunyai skor IQ purata tertinggi iaitu 95.71, diikuti oleh warna kelabu dengan skor IQ purata 94.97 dan warna merah dengan skor IQ purata 94.88.

Tapi, mereka yang memiliki kereta berwarna hijau mendapat skor IQ purata paling rendah iaitu hanya 88.43.

Ujian ini juga mendapati bahawa mereka yang menggunakan nombor pendaftaran istimewa turut menunjukkan markah ujian IQ yang lebih rendah berbanding mereka yang menggunakan nombor plat biasa.

Apapun, kita pasti tak semua yang memandu kereta mewah memiliki IQ rendah. Kalau ada yang terasa tu, bawalah berubah ya!

Baca: “Masalah orang kaya” – Anak Ben Affleck ‘Reverse’ Lamborghini Sampai Terlanggar BMW

Collage 36

Sumber: Berita Perak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.