in

Kajian: 75% Remaja M’sia Tonton Video & Gambar Lucah Gara-Gara Ibu Bapa Sibuk Bekerja

Collage 17

Tak dinafikan, dengan kemudahan akses internet pada zaman sekarang ini, memang memudahkan urusan ramai orang. Malah ia juga turut membantu pelajar-pelajar untuk belajar dan mencari maklumat dengan mudah.

Namun begitu, disebalik kebaikannya, penggunaan internet yang berlebihan dan tanpa pengawasan juga boleh mendatangkan keburukan untuk anak-anak.

Macam baru-baru ini, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan sekurang-kurangnya 75 peratus remaja Malaysia pernah menonton pornografi.

Kajian yang dijalankan pada tahun 2021 ini menemui bahawa kebanyakan dari mereka adalah remaja lelaki yang terjebak semasa di sekolah menengah lagi kerana kerap menggunakan internet yang tersedia sepanjang masa di rumah ketika bersendirian.

Menurut Pensyarah di Jabatan Perubatan Keluarga Fakulti Perubatan UKM, Profesor Madya Dr Noor Azimah Muhammad, punca berlakunya perkara ini adalah disebabkan kurang pemantauan dari ibu bapa yang sibuk bekerja.

3002.Jpg

Ada satu contoh di mana seorang pelajar lelaki mengaku telah menonton lebih dari 200 video lucah setiap hari bagi memuaskan keinginannya.

“Pendedahan dan ketagihan seperti ini di kalangan remaja boleh menyebabkan HIV dan sifilis.”

Jelas Noor Azimah lagi, dalam satu tinjauan lain yang dibuat pada tahun 2013, 10 peratus dari 988 pelajar universiti mengaku pernah melakukan hubungan intim dan 5 peratus dari mereka aktif secara seksual.

Teenageroncomputer

Tak cukup dengan itu, keputusan yang sama turut dilaporkan pada tahun 2017 oleh Kajian Morbiditi Kesihatan Kebangsaan di mana 7.3 peratus remaja di antara umur 13 dan 17 tahun mula membuat hubungan intim seawal 14 tahun dan lima peratus dari mereka aktid secara seksual.

Hampir semua remaja ini mengamalkan seks tidak selamat tanpa kondom mahu pun alat pencegah kehamilan.

“Pada masa yang sama, 40 peratus dari kes HIV baru ini adalah daripada mereka.”

Ekoran ini, Noor Aziman mendesak ibu bapa untuk mengawasi anak-anak bagi mencegah masalah ini kerana ibu bapa memainkan peranan penting dalam melindungi anak-anak mereka dari terlibat dalam aktiviti seksual yang merbahaya sebelum berkahwin.

Selain itu, ibu bapa juga perlu meluaskan pengetahuan mereka tentang pendidikan seks untuk kepentingan anak-anak.

Apa ibu bapa boleh buat?

O Parents Talk Kids Facebook

Sebagai ibu bapa, korang boleh gunakan tiga langkah asas ini untuk bercakap dengan anak korang mengenai seks.

1. Korang perlu akui yang anak-anak korang mempunyai perasaan ingin tahu dan mahu mengetahui tentang perkara-perkara yang dorang dengar di tempat lain. Seperti contoh, kalau tiba-tiba anak korang tanya “tegang tu apa?”, korang kena jawab, “awak rasa itu apa?” atau “awak dengar dekat mana?”

2. Bagi anak korang fakta yang tepat dan betulkan maklumat yang salah. Contohnya, “zakar biasanya lembut, jadi tegang adalah apabila zakar itu keras atau berdiri tegak.”

3. Gunakan perbualan ini sebagai peluang untuk korang cakap pasal pemikiran dan perasaan korang sendiri. Contohnya, “awak mungkin akan dapat ereksi masa tidur atau dapat mimpi basah. Ketika ini, air mani akan keluar dari zakar dan ianya benda semulajadi ketika membesar. Awak tak boleh nak kawal bila dapat mimpi basah, jadi jangan risau kalau ia berlaku. Basuh je cadar.”

Bila korang buat penerangan, pastikan korang bercakap mengikut tahap kefahaman anak korang dan pastikan penerangan korang tu singkat, berfakta dan positif. Ini akan membuatkan anak korang akan tanya korang semula bila dorang perlukan maklumat yang lebih.

Korang mungkin akan rasa malu untuk cakap pasal benda-benda ni, jadi korang boleh buat penyediaan awal dengan cuba bercakap dengan pasangan korang dulu sebelum bercakap dengan anak.

Sumber: NST, RaisingChildren

 

Baca: 9 Mitos Tentang Seks Yang Ramai Orang Percaya, Tapi Sebenarnya…

Screenshot 2023 07 13 At 5.45.21 Pm