Budaya boikot memboikot ni bukan perkara baru dalam kalangan orang kita.
Kadang-kadang, tanpa sebarang maklumat sahih tentang kebenaran dakwaan mengenai sesuatu produk — segelintir daripada kita terus jump to conclusion dan buat aksi jom boikot.
Macam tu jugaklah nasib yang diterima syarikat pengeluar produk tenusu tempatan, Farm Fresh — yang terkenal dalam kalangan ibu-ibu mengandung di negara ini.
Baru-baru ni, syarikat itu tular apabila seorang pengguna media sosial membuat dakwaan mengatakan Farm Fresh bukanlah dimiliki oleh orang Islam dan Melayu.
Dan segelintir netizen, macam biasa — terus nak lancarkan kempen memboikot susu ni tanpa sebarang usul periksa.
Namun, seorang pengguna media sosial Halim Abdurrahman Halim — tampil memberikan penjelasan mengenai perkara tersebut.
https://www.facebook.com/halim.lion/posts/10211121271748064
Bila dah baca penjelasan abang ni, sedikit sebanyak kita tahu bukan mudah untuk Farm Fresh berkembang dan menempa nama sebagai pesaing produk tenusu yang selama ini dimonopoli oleh syarikat luar di negara kita ni.
Sebelum ada penjelasan daripada Halim Abdurrahman Halim, Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh, Azmi Zainal turut memuatnaik kenyataannya bagi menjawab kekeliruan yang timbul akibat penularan dakwaan tidak berasas itu.
https://www.facebook.com/NuClenz/posts/2235108013191813
Kalau dah COO sendiri beri penjelasan dan ada jugak yang masih tak faham-faham, tak dapek la den nak nolong yo.
Membaca itu bukan saja jambatan ilmu, malah membaca dapat menyelamatkan kita dari malapetaka yang tidak disangka-sangka.
Jadi, baca dan kajilah dahulu sesuatu perkara sebelum kita hendak menjatuhkan hukum kepada orang lain.
Baca: Pendedahan! Rupanya 19 Produk Kecantikan Sajat Tak Lulus KKM?