Sukan maraton atau aktiviti larian sememangnya menjadi aktiviti yang menjadi pilihan ramai sebagai mengisi masa lapang selain ia merupakan aktiviti yang tidak menggunakan kos yang mahal, hanya perlukan masa dan juga kasut yang sesuai sahaja.
Pun begitu, seorang ‘nenek’ berusia 52 tahun di Indonesia baru-baru ini menggemparkan dunia larian selepas berjaya menamatkan larian sejauh 120 kilometer (km) dalam acara ‘Bin Loop Ultra’ di Indonesia.
Wanita berasal dari Makassar yang bernama Fitriany Halim atau lebih mesra dipanggil Mak Fit itu juga meraih podium kedua dalam pertandingan tersebut.
View this post on Instagram
Selain itu, wanita tersebut menjelaskan dia berjaya menamatkan acara tersebut disebabkan latihan tanpa henti yang dilakukannya yang kadang kala sehingga waktu malam.
“Alhamdulillah Ya Allah, saya dapat menghabiskan larian 120km, bangga dengan diri sendiri”
Dalam masa yang sama, dia turut bersyukur diberi kesihatan yang baik pada usianya kini kerana masih mampu berlari bukan sahaja hingga ke garisan penamat tetapi juga berjaya mendapatkan tempat ke-2 dalam kategori 120km wanita dan lebih membanggakan, tempat ke-10 secara keseluruhan!
Artikel berkaitan : ”Terbukti lebih laju” – Gaya Larian Bak Naruto Adik Ini Berjaya Hasilkan Kemenangan
Artikel berkaitan : Isteri Tekad Bercerai Dengan Suami Taksub Dengan Marathon
Semangat kental Fitriany tersebut menjadi inspirasi kepada ramai dengan rata-rata netizen mengagumi wanita berkenaan kerana faktor usia yang telah memasuki lima series selain masih ‘fit’.
Sumber : Instagram