Presiden Korea Utara, Kim Jong Un tular di media sosial baru-baru ini disebabkan beliau menangis apabila mengetahui kadar penurunan jumlah kelahiran bayi di negaranya semakin menurun.
Memetik laporan Tribunnews, Kim Jong Un pada ketika itu sedang menghadiri Persidangan Kebangsaan Ibu ke-5 yang diadakan pada awal bulan Disember lalu.
Satu dewan menangis
Ketika menyampaikan ucapan, Kim menyeru para ibu untuk berusaha melahirkan zuriat dan keturunan. Namun, beliau tidak dapat menahan sebak ekoran kadar kelahiran bayi di negara berkenaan semakin berkurang.
Beliau menyekat air mata menggunakan sapu tangan dan melihat keadaan itu, para ibu di dewan itu turun mengalirkan air mata.
Artikel berkaitan: Ini 9 Fakta Mengejutkan Tak Masuk Akal Tentang Korea Utara, Negara Paling Berahsia Dalam Dunia
Artikel berkaitan: Dapat Amaran Perang & Siren Berbunyi, Penduduk Seoul Panik Lepas Korea Utara Lancarkan Satelit
Selesaikan masalah bersama-sama
Dalam pada itu, beliau juga berkata masalah penurunan angka kelahiran ini haruslah ditangani dan menjadi kewajipan untuk semua rakyatnya membantu para ibu.
Menghentikan penurunan kadar kelahiran dengan menyediakan penjagaan dan pendidikan anak yang baik adalah perkara yang mesti kita selesaikan bersama ibu kita.
Kim Jong Un turut berterima kasih kepada para ibu atas peranan mereka membantu menguatkan pemerintahannya. Beliau juga menyelit ucapannya dengan meluahkan rasa rindu kepada ibunya.
Saya juga selalu memikirkan ibu apabila saya menghadapi kesukaran berurusan dengan kerja politik dan negara.
Persidangan yang diadakan di ibu negara Korea Utara, Pyongyang dihadiri oleh ribuan para ibu yang lengkap memakai hanbok iaitu pakaian tradisional mereka.
Menurut agensi perangkaan Korea Selatan, kadar kesuburan atau purata bilangan bayi yang dijangka dilahirkan oleh seorang ibu sepanjang hayatnya ialah 1.79 pada tahun 2022 namun jumlah itu menurun daripada 1.88 pada tahun 2014.
Sumber: Tribunnews, Dailymail.uk, Kompas.com