in

“Kad sim dianalisis”- Kes Pembunuhan Nur Farah: Pihak Polis Turut Jalankan Proses Analisis Pada Kereta Suspek

Nur Farah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pihak polis telah menemukan kad sim milik suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.

Memetik laporan Berita Harian, kad sim milik suspek yang juga anggota polis yang berusia 26 tahun itu akan dijalankan proses analisis untuk mencari bukti-bukti berkaitan kes pembunuhan tersebut.


1 17

Artikel berkaitan: “Ramai sayang awak” – Netizen Sebak Lihat Rakan Baik Nur Farah Kartini Longlai Di Depan Kubur

Artikel berkaitan: Tular Cerita ‘Tiupan Angin’ Berlalu Lepas Telefon Nur Farah Kartini Ditemui, Pendakwah Pesan Jaga Akidah

Selain itu, Deputi Superintendan Mohd Ari Mohd Yunus iaitu Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor juga mengesahkan bahawa kereta milik suspek iaitu kereta jenis Toyota Vios juga akan menjalani proses analisis.

Kini, operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan ini masih diteruskan di sebuah lagi lokasi untuk mencari bahan bukti iaitu barangan peribadi mangsa.

Terdahulu, telefon bimbit dipercayai milik mangsa dan beg tangan mangsa telah ditemui oleh pihak polis.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.