Dua tiga hari ini, hangat diperkatakan mengenai isu seorang pelakon dan penyampai radio, Neera Azizi yang memuat naik video melakukan ‘gender reveal’ yang dirakam di hadapan Kaabah, Tanah Suci Makkah bersama suaminya yang juga seorang mutawif.
Momen bahagia pasangan ini walau bagaimanapun menerima kecaman hebat netizen yang merasakan perbuatan itu tidak sepatutnya dilakukan di tempat ibadah.
Neera juga menerusi satu hantaran Instagram telah memohon maaf atas apa yang berlaku dan menjelaskan yang dia tidak sedar cara yang digunakannya itu dilihat kurang beradab.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: Tenang Dapat Dekat Dengan Kaabah, Nazim Othman Beri Respon Dibandingkan Dengan Hafiz Mahamad
Artikel berkaitan: “Teringat kisah Uwais al-Qarni” – Netizen Sebak Tengok Pemuda Dukung Warga Emas Agar Dapat Cium Kaabah
Pandangan JAKIM tentang isu ‘gender reveal’ depan Kaabah
Susulan itu, Bahagian Dakwah, JAKIM telah membuat ulasan di Facebook terhadap pandangan pihak mereka berkaitan isu ini.
Menurut hantaran yang dimuat naik, pihak ini menjelaskan bahawa Kaabah dan Masjidil Haram ialah tempat ibadah paling agung dan apa-apa perbuatan yang mengurangkan kehormatan Tanah Haram termasuk dalam larangan yang dinyatakan, walaupun niat asalnya tidak jahat.
Selain itu juga, dijelaskan bahawa ‘gender reveal’ itu bukanlah satu ibadah kerana ia tidak ada di dalam dalil dan cuma adat serta budaya moden.
Masjidil Haram pula khusus untuk ibadah macam solat, tawaf, zikir, doa. Aktiviti adat yang tiada keperluan syarie tidak sesuai dibuat di sana,” tulisnya.
Tambah penjelasan itu lagi, bukan ‘gender reveal’ sahaja perkara yang tidak wajar dilakukan di depan Kaabah, apa-apa sahaja adat duniawi tidak sesuai dilakukan kerana ia tidak wajar, bertentangan dengan adab di Tanah Haram, berpotensi mengganggu jemaah dan tiada sandaran al-Quran dan Sunnah.
Ingatlah, Kaabah tempat merendahkan hati, bukan menonjolkan diri. Tempat tunduk, bukan menunjuk.”
Berikut hantaran penuh daripada Bahagian Dakwah, JAKIM mengenai isu ini.
