Malang tidak berbau. Seorang ketua jurulatih dan empat atlet berbasikal paralimpik negara cedera akibat dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuhraya Latar dekat kawasan Batu Arang pagi tadi.
Menurut laporan Mstar, mangsa yang terdiri daripada Johari Nayan, jurulatih pasukan serta empat orang atlet iaitu Mohd Nor Rizuan Zainal, 31, Khairul Azwan Wahab, 25, Nur Syafiq Suhaimy, 19, dan Khairul Nizam Mohd Ali, 23, telah dilanggar dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.50 pagi.
Pemandu kenderaan pacuan empat roda itu pula dipercayai telah melarikan diri daripada tempat kejadian meninggalkan lima mangsa kesakitan di atas jalan raya.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritendan Ruslan Abdullah berkata, pihak polis buat masa ini sedang menjejaki pemandu yang tidak bertanggungjawab itu dan kenderaannya.
Walau bagaimanapun, mangsa sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut. Susulan dari kejadian ini, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian tersebut diminta untuk menghubungi pihak polis. Suspek dipercayai menggunakan kenderaan Toyota Hilux.
Semoga atlet negara cepat sembuh!
Tonton video dibawah:
Baca: Lelaki ‘Disorok’ Ibu Bapanya Selepas Langgar Lari Budak Sekolah Sehingga Cedera Parah