in

Jumlah Kenderaan Atasi Populasi Penduduk Di Malaysia, Patutlah Trafik Makin Sesak!

Jalan Sesak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang perasan tak sejak kebelakangan ini trafik semakin sesak terutamanya di kawasan Lembah Klang sehinggakan ramai pengguna jalan raya semakin stres dan ada juga yang mengalami kemurungan.

Peningkatan 1 juta kenderaan sejak 2019


Terbaharu, dilaporkan jumlah kenderaan di negara ini telah mengatasi populasi rakyat Malaysia, dengan peningkatan sekurang-kurangnya 1 juta kenderaan setiap tahun sejak 2019, menurut New Straits Times.

1 5

Menurut pakar keselamatan jalan raya, Profesor Dr Kulanthayan K.C. Mani dari Universiti Putra Malaysia, pada tahun lepas sahaja terdapat 33.3 juta kenderaan berdaftar di seluruh negara berbanding populasi rakyat Malaysia, yang berjumlah 32.6 juta.

Dengan populasi kenderaan yang semakin banyak berbanding dengan populasi rakyat di negara ini, tak hairanlah kesesakan lalu lintas semakin teruk di seluruh negara sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Kalau kita perhatikan dengan lebih teliti, kita akan perasan yang trafik pada waktu puncak pagi dan petang nampak makin teruk selepas Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik mulai 1 April di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Kenderaan bertambah punca kesesakan trafik

Dr Kulanthayan berkata bahawa hasil pemerhatiannya terhadap pendaftaran kenderaan yang berkembang pesat sejak beberapa tahun lalu sehingga 2021 membuktikan yang penambahan kenderaan adalah penyumbang utama kepada kesesakan di kebanyakan bahagian negara.

2 4

“Populasi kenderaan sekarang adalah tinggi. Jika trend ini berterusan setiap tahun di mana kenderaan meningkat sehingga satu juta, kita akan menghadapi kesesakan lalu lintas yang lebih teruk” – Dr Kulanthayan

Penduduk negara, katanya, direkodkan pada 32.5 juta pada 2019 dan meningkat antara 300,000 hingga 400,000 setiap tahun, menjadikan ia kira-kira 32.6 juta pada 2021.

Apa yang memeranjatkan di sini ialah populasi kenderaan pada 2019 ialah 31.2 juta. Selepas itu, ia meningkat satu juta setiap tahun. Pada 2021, ia dicatatkan sebanyak 33.3 juta. Buat pertama kalinya, pada 2021, trend populasi kenderaan mengatasi populasi manusia.

Mungkin korang yang naik kereta tu boleh cuba naik public transport pula!

Baca: “Boleh mental breakdown” – [VIDEO] Netizen Luah Rasa Stress Hadap ‘Jammed’ Melampau di Lembah Klang

Bawah 13

Sumber: NST
Sumber: NST

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.