Nampak macam biasa tapi, sebenarnya jubah untuk konvokesyen ini harganya mahal tau. Itu sebablah ramai graduan memilih untuk menyewanya.
Dah nama pun menyewa kena lah jaga elok-elok, sebab ia pastinya akan digunakan semula oleh graduan yang akan datang.
Jadi, tak perlu lah gunakannya untuk buat ‘kelainan’, sedangkan pihak institut sendiri menjaganya dengan elok. Tak pasal-pasal kena tegur lepastu dikecam sebab tak jaga elok-elok berang hak milik pihak lain.
“Jubah konvo ni bukan murah Kita simpan elok-elok untuk pastikan tenunan dan warnanya cantik. “

Kononnya graduan ini nak buat satu kelainan, pakai jubah dan topi untuk photoshoot pre convocation sambil mandi sungai.
Dengan menggunakan kapsyen “hanya untuk suka-suka, jangan kecam” itu mendapat perhatian lelaki ini. Lantas, dia memberikan teguran secara terbuka melalui Twitter miliknya.
“Bukan nak kecam dik. Cuma jubah konvo ni bukan murah. Beratus-ratus harganya. Kita hantar dobi dan simpan elok2 untuk make sure tenunan dan warnanya tetap cantik untuk dipakai oleh graduan akan datang. Jangan lah pakai pegi mandi sungai lagi ya! Sian jubah tu.”
Rata-rata netizen bersetuju dengan teguran terbuka lelaki ini. Mereka memperlekehkan intelektual graduan tersebut atas tindakannya itu.
“Dah Konvo pun masih b*ngok”
Bukan itu sahaja, bahkan ada juga netizen yang troll dengan gambarnya. Cuba ingin buat kelainan tapi gambar tu macam tak semegah mana.
“Ala sampai masuk dalam air tapi gambar still tak cantik acane nih”
“Dah la gambrnya barai hahah”
Apa pun, kepada graduan yang bakal menyusul harap dapat hormat dengan barang yang kita dah pinjam. Mana tak nya kos untuk jubah ni bukan murah, risau juga kalau menjejas warnanya.