Baru-baru ini, tular sebuah kedai di Johor didapati menjual ubat terkawal tanpa memerlukan preskripsi doktor. Hal ini mengundang komen dari seorang bekas menteri kesihatan yang menggesa agar tenaga kerja di bahagian penguatkuasaan farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) ditambah.
Menurut Dr. S. Subramaniam, undang-undang mengawal farmaseutikal di Malaysia kukuh, namun akibat tenaga kerja tidak cukup untuk mengawasi operasi farmasi di seluruh negara secara berkesan, ia menyebabkan kurangnya penguatkuasaan.
Tambahnya lagi, salah satu cara untuk meningkatkan penguatkuasaan ialah dengan memperluaskan skop kuasa penguatkuasaan ini kepada bahagian lain dalam kementerian.
Minggu lalu, warganet dikejutkan dengan penjualan ubat antibiotik yang dikenali sebagai azithromycin secara terbuka pada harga RM15 tanpa memerlukan preskripsi doktor.
Untuk makluman, ubat berkenaan adalah sejenis antibiotik untuk merawat pelbagai jangkitan bakteria, termasuk yang menjangkiti sistem pernafasan, kulit, telinga, mata serta penyakit berjangkit melakui aktiviti seks.
Perkara tersebut turut mendapat perhatian Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly yang kemudian menggesa bahagian farmasi KKM untuk mengambil tindakan agresif dengan segera.
Thanks for the alert @hafezfirdaus
This is extremely terrible….AMR!
Pharmacy Division has take to take more aggressive measures promptly.. https://t.co/AHQBPYVqoA
— Dzulkefly Ahmad (@DrDzul) December 28, 2023
Menurut Subramanian lagi, walaupun peraturan sedia ada cukup jelas untuk farmaseutikal, ketidakpatuhan ke atas peraturan ini terus menjadi kebimbangan kerana wujud kumpulan atau badan tertentu yang membawa masuk ubat dari negara lain yang tidak berdaftar dengan KKM.
Kumpulan ini kemudian akan menjual ubat-ubatan tersebut melalui ejen kepada pelbagai kumpulan di sini secara haram. Hal ini jelas adalah satu kesalahan dan KKM serta bahagian penguatkuasaannya boleh mengambil tindakan.
Artikel berkaitan : Lelaki Warganegara Pakistan Ditahan Gara-gara Menyamar Jadi Doktor Klinik
Artikel berkaitan : Masukkan Arang Dalam Kopi, Peniaga ‘Kopi Joss’ Berdepan Denda RM10,000 – KKM
Tambahnya lagi, orang ramai perlu dididik tentang keperluan membeli ubat sendiri di farmasi tanpa preskripsi doktor.
Dalam masa yang sama, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amhari Buang menggesa orang ramai untuk melaporkan kepada bahagian penguatkuasaan farmasi KKM jika mendapati ubat preskripsi dijual secara terbuka.
Beliau juga mengingatkan orang ramai bahawa antibiotik harus digunakan secara bertanggungjawab dan berhati-hati kerana penyalahgunaan ubat berkenaan boleh menyebabkan ritangan antibiotik.
Sumber : FMT