Baru-baru ini, kenyataan daripada seorang pemenang Masterchef Indonesia musim kelima telah mengundang pelbagai reaksi netizen ketika dia memperkenalkan juadah Malaysia di restoran miliknya yang difahamkan baru dibuka di Indonesia.
Kenyataan itu jadi tumpuan susulan dengan perbandingan rasa Nasi Kandar di Malaysia dengan nasi kandar yang dijual di restoran miliknya.
Artikel berkaitan : “Pecah rekod lagi” – Lelaki Ini Berjaya Habiskan Nasi Kandar RM350 Setalam Dalam Masa 1 Jam
Artikel berkaitan : “Menu paling rare!” – Pelajar Hidang Nasi Kandar Bungkus Dalam Kelas Sempena Jamuan Hari Guru
Ketika ditemubual oleh seorang Youtuber, Fani menjelaskan bahawa ilhamnya untuk menjual Nasi Kandar tercetus selepas dia bercuti ke Malaysia dan menikmati Nasi Kandar dengan kerap. Bagaimanapun katanya, dia rasakan ada yang kurang.
“Waktu tu aku jalan-jalan tapi setiap hari makan asyik makan Nasi Kandar, tapi di sana macam kurang flavourful, jadi aku rasa aku boleh buat sendiri.”
Katanya, sebab itulah dia menjual Nasi Kandar kerana restorannya itu menjual menu makanan dari Malaysia. Dalam pada itu, ketika ditanya beza antara Nasi Kandar di Malaysia dan di restorannya, Fani menjawab…
“Bezanya kalau di Malaysia itu kan dia pakai serbuk semuanya, kalau di sini semua pakai bahan segar, kami buat sendiri, kalau di sana kan dia serbuk, jadi kalau dituang rasanya macam berpasir.”
Fani juga menjelaskan bahawa restorannya pada ketika itu baru sahaja buka sehari selepas dipersoal konsep penjualan Nasi Kandar yang tidak menayangkan semua lauk di bahagian pintu masuk restoran.
Perkongsian itu telah mendapat perhatian rakyat Malaysia dan menjengah ke ruangan komen, ramai yang menegur agar Fani perlu rasa Nasi Kandar yang lebih asli di Penang, bukannya KL.
Mungkin dia nak cuba jelaskan yang dia olah versi dia kot.
Sumber : YouTube