Puasa di bulan Ramadan merupakan antara rukun Islam yang perlu dipatuhi oleh semua umat Islam.
Penceramah dah pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus (UAI) baru-baru ini menyatakan haram hukumnya bagi seseorang peniaga untuk menjual makanan atau minuman kepada pembeli yang ingin ponteng puasa sedangkan dia wajib berpuasa pada hari tersebut.
Beliau berkata ianya tidak kira sama ada urusan jual beli itu dilakukan pada waktu pagi, tengah hari mahupun petang ketika hampir berbuka.
https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/videos/603488984995855/
“Yang kita boleh jual adalah kita yakin dia akan makan selepas waktu berbuka atau selepas waktu maghrib.
Mana-mana kedai yang tahu orang itu memang tidak puasa dan datang membeli waktu siang hari, maka semua rezeki itu adalah haram,” katanya.
UAI turut berkongsi, urus niaga jual beli itu hanya sah dan dibenarkan buat mereka yang tidak wajib puasa antaranya seperti musafir, wanita datang haid dan kanak-kanak.
Beliau turut menyatakan jika seseorang peniaga itu ada rasa ragu-ragu terhadap pembeli, lebih baik jangan lakukan urusan tersebut.
Semoga kita dapat gandakan pahala di bulan mulia ini…