in

JPJ Wajibkan Penumpang Bas Ekspres & Persiaran Untuk pakai Tali Pinggang Keledar Berkuatkuasa Selasa Ini

pemakaian tali pinggang dalam bas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tragedi yang melibatkan kenderaan bas yang semakin meningkat di negara ini terutamanya nahas yang menyebabkan 15 penuntut UPSI terkorban baru-baru ini amat meyayat hati.

Terkini, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan atau JPJ bakal mewajibkan penumpang bas ekspres dan bas persiaran untuk memakai tali pinggang keledar, lapor Berita Harian.


Perkara itu telah dikongsikan oleh Datuk Aedy Fadly Ramli iaitu Ketua Pengarah JPJ dan ia akan dikuatkuasakan bermula Selasa ini iaitu 1 Julai 2025.

Selain penumpang, pemandu bas juga perlu memastikan diri mereka memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak.

tali pinggang keledar dalam bas
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel berkaitan: Keluarga 15 Pelajar UPSI Terkorban Dalam Nahas Diberikan Tajaan Pakej Umrah Percuma

Artikel berkaitan: Nahas UPSI: Lukisan Allahyarham Mustaqim Seakan Beri Gambaran Kemalangan

Jika peraturan ini dilanggar, pemandu, syarikat pengendali bas dan juga penumpang boleh disaman oleh pihak berkuasa.

Namun, sekiranya penumpang enggan memakai tali pinggan keledar meskipun telah diingatkan atau disuruh oleh pemandu bas, dalam kes ini, saman hanya akan diberikan kepada penumpang.

Walau bagaimanapun, difahamkan, penguatkuasaan itu terpakai untuk bas yang dibina selepas tempoh Januari 2020.

Manakala, untuk bas yang dibina sebelum tahun 2020 pula, mereka diberikan tempoh tertentu untuk menyediakan tali pinggang keledar di dalam bas mereka.

Sumber: Berita Harian

Sumber: Iluminasi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.