Tular di media sosial baru-baru ini, memaparkan tindakan segelintir individu menampal pelekat pada papan tanda di jalan Cameron Highlands.
Dapat dilihat papan tanda yang bertulis Sempadan Negeri Perak Darul Ridzuan telah dipenuhi dengan pelbagai jenis pelekat.
Bagaimanapun, tindakan itu telah mencetuskan rasa kurang senang orang ramai kerana perbuatan tersebut bukan sahaja menjejaskan fungsi papan tanda sebagai panduan penting kepada pengguna jalan raya, malah boleh dikategorikan sebagai vandalisme.
Artikel berkaitan: “Kalau dia nak curang, curang juga” – Wanita Tampal ‘Sticker’ Dalam Kereta Pasangan Buat Netizen Meluat
Artikel berkaitan: Kecoh Pelekat Lesen P JPJ Laku Keras Di Laman Web E-dagang China
JPJ tanggal papan tanda
Susulan itu, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah melakukan operasi menanggalkan papan tanda tersebut.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, beberapa anggota JPJ dilihat sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan di papan tanda tular itu.
@tengku_778 ha.. viral lagi.. kan dah kena turunkan dah😂😂
Minta sediakan satu papan khas
Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna mencadangkan untuk pihak berkaitan menyediakan satu papan tanda khas untuk mereka menampal pelekat kerana bagi mereka perkara itu sebagai tanda kenangan telah menjejaki kawasan peranginan itu seperti mana yang dilakukan di luar negara.
Selain itu, ada juga yang mengatakan papan tanda yang diganti baru akan kembali dipenuhi semula dengan pelekat jika tiada apa-apa tindakan daripada pihak berkuasa.
Apa pandangan korang mengenai isu ini?
Sumber: TikTok