in

JPJ Sita 101 Kenderaan Mewah, Termasuk Porsche Milik Selebriti Wanita

syaz ft 2025 06 25T104656.945

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini melakukan Ops Luxury di mana mereka menyita kereta mewah yang gagal mematuhi peraturan jalan.

Sebanyak 101 kereta mewah disita termasuk sebuah kereta Prosche milik selebriti dan usahawan wanita terkenal.


Artikel berkaitan: Tak Bayar Hutang Lebih RM1 Juta, Aset Milik Datuk Vida Termasuk 4 Buah Kereta Mewah Bakal Dilelong 

Artikel berkaitan: NGO Kantoi Seleweng Dana RM26 Juta Konon Untuk Misi Kemanusiaan Di Syria, Buat Beli Harta Mewah & Wang Kripto

Porsche itu disita di sebuah lokasi sekitar Lembah Klang selepas didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) serta perlindungan insurans sudah tamat tempoh – antara kesalahan paling banyak direkodkan dalam operasi berkenaan.

Menurut laporan Berita Harian, Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, berkata pelaksanaan Ops Luxury bertujuan memperkukuhkan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan mewah yang mengabaikan tanggungjawab sebagai pengguna jalan raya.

“Dalam operasi itu, sebanyak 101 kenderaan mewah dikesan melakukan kesalahan. Ia termasuk jenis Ferrari, Rolls-Royce, Bentley, Porsche Cayman, BMW 530E, Lotus Elise S, Toyota Alphard, Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz.

Antara kesalahan dikenal pasti ialah LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans sah dan lesen memandu tamat tempoh atau tiada lesen sah.

Selain itu, nombor pendaftaran tidak sepadan dengan sistem, nombor pendaftaran palsu serta ‘trade plate’ tiruan,” katanya.

Beliau turut mengulas, Ops Luxury turut mendedahkan kemungkinan terdapat kenderaan klon berdasarkan ketidakpadanan nombor casis serta penggunaan nombor pendaftaran palsu.

Dalam pada itu, beliau berkata, pemilik kenderaan mewah berkenaan sebahagiannya adalah individu kenamaan dan selebriti, namun identiti mereka tidak didedahkan atas dasar siasatan.

Sumber: Berita Harian Online

 

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.