Setiap kali datangnya tarikh keramat 31 Ogos, rakyat Malaysia pasti tidak mahu ketinggalan menonton Sambutan Hari Kebangsaan, sama ada secara langsung di Dataran Putrajaya atau di kaca televisyen.
Tahun ini, dilaporkan hampir 100,000 orang pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan.
Tidak kurang juga, ada yang sanggup datang awal dan berkhemah semata-mata ingin menyaksikan perarakan tersebut depan mata.
Tidak berkesempatan untuk datang saksikan sendiri perarakan kali ini? Jangan risau, kami akan senaraikan beberapa ‘highlight‘ supaya korang tidak ketinggalan!
1. Ada abang polis dan abang JPJ ‘sado’
Tahun ini, perarakan sambutan Hari Kebangsaan dimeriahkan lagi dengan kemunculan abang polis dan abang JPJ ‘sado’ yang seakan-akan ingin menandingi populariti anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).
Sudah tentulah, para penonton tahun ini semakin teruja! Kebanyakan anggota berbadan ‘fit’ ini hampir semuanya mendapat tepukan gemuruh dan sorakan daripada para pengunjung yang hadir.
@rai.abeel Replying to @𝙰𝚗𝚗𝚊 Kotlin Abg JPJ menang gais tahun ni 😝 #merdeka #merdeka2024 #merdeka2024 #jiwamerdeka #jiwamerdeka🇲🇾 #merdeka2024 #harikebangsaan #abangjpj #abgjpj #abgjpjmenang ♬ Terompet Kebangsaan – RUBY DTM
2. Namun, abang bomba masih nombor 1!
Walau bagaimanapun, kegagahan dan ketampanan abang JPJ dan abang polis masih tidak dapat menandingi anggota bomba.
Setiap tahun, perarakan oleh anggota bomba sentiasa ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Maklumlah, mereka kan ‘bintang’ sebenar setiap kali perarakan sambutan Hari Kebangsaan dijalankan!
Tahun ini, abang bomba telah membawa sepanduk-sepanduk yang berjaya mencuit hati penonton.
Antaranya adalah sepanduk yang tertulis ‘abang bomba sado, akak bomba pula sweet kan’ dan macam-macam lagi.
Turut mencuri tumpuan adalah kemunculan Oyen yang dipegang oleh seorang anggota bomba di atas kren. Kalau ada Oyen tu, faham-faham sahajalah kan…
@ariani.os Wah abang bomba bukan biasa biasa ya 🤣🇲🇾🚒 #merdeka #abangbomba #ariani #fypシ ♬ 3 Segundos De Gloria – Kolisiøn
3. Grafik manusia libatkan hampir 2,000 orang peserta
Grafik manusia tahun ini dikatakan telah melibatkan penyertaan hampir 2,000 orang peserta dari seluruh negara.
Malah, para pelajar yang menyertai persembahan tersebut juga mengakui mereka berlatih hampir dua bulan untuk menjayakannya. Hebat!
Artikel berkaitan: Tun Mahathir Buat Kejutan, Tampil Sebagai Penonton Di Sambutan Hari Kemerdekaan
Artikel berkaitan: “Dari Merdeka hingga Malaysia Moden” – Ini 7 Ucapan Ikonik Pemimpin Yang Membentuk Negara Kita Hari Ini
4. Unit K9 tampil comel berkaca mata
Selain abang bomba, unit K-9 yang menampilkan anjing pengesan milik Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Sewaktu raptai perarakan, ramai yang memohon agar Radio Televisyen Malaysia (RTM) memberikan masa tambahan kepada anjing-anjing comel ini.
Tahun ini, unit K9 tampil bergaya dengan kaca mata hitam dan stokin comel.
Difahamkan, anjing pengesan tersebut dipakaikan stokin dan cermin mata untuk memastikan mereka tidak kepanasan dan mata terlindung dari sinaran terik matahari.
@chempakaemalyn Our heroes K9 PDRM🇲🇾🐕❤ Salam Merdeka ke 67 Malaysia🌺 #k9 #k9pdrm #unsungheroes #k9malaysia #malaysiaindependenceday ♬ Negaraku – Joe Flizzow & Altimet & SonaOne & Faizal Tahir
5. Ada tarian ‘cuci rasuah’
Kali ini, penonton turut disajikan dengan tarian ‘cuci rasuah’ yang mengambil konsep stompers. Mereka melakukan persembahan menggunakan alat terpakai seperti tong sampah, baldi dan tin.
Menurut pereka persembahan tersebut, tarian itu adalah kejutan untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya ingin sampaikan tentang perjuangan Anwar dalam membanteras rasuah. Jadi, melalui gerak tarian, kita nak serap ke dalam jiwa anak muda supaya benci rasuah,” katanya.
6. Ikrar rukun negara dipimpin oleh wira insiden tembakan Ulu Tiram
Kali ini, ikrar Rukun Negara dan laungan Merdeka telah dipimpin oleh wira insiden tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, Koperal Mohd Khairul Azhar Abbi Paisa.
Pada 17 Mei lalu, insiden di Ulu Tiram telah mengorbankan dua nyawa setelah balai polis berkenaan diserang oleh seorang lelaki bersenjatakan parang.