in

Jolee Callan: Kisah Tragik Gadis 18 Tahun Yang Dibunuh Ketika ‘Hiking’ Dengan Bekas Teman Lelaki

collage 10

Jolee Callan hanya berusia 18 tahun dan masih banyak yang dia boleh lakukan. Dia juga ketika itu mempunyai teman lelaki baru dan bakal memasuki kolej apabila dia bersetuju untuk berjumpa dengan bekas teman lelakinya, Loren Daniel Bunner, untuk pendakian terakhirnya.

Pertemuan untuk pergi mendaki bersama-sama ini adalah peluang untuk Jolee dan Loren mencapai persetujuan tentang hubungan mereka selepas ini sebagai kawan namun begitu, ia berakhir dengan pembunuhan kejam Jolee.

Loren sempat upload gambar terakhir Jolee sebelum bunuh bekas teman wanitanya

jolee callan selfie

Dilahirkan pada 29 Disember 1996, Jolee Callan dibesarkan dalam keluarga normal di Amerika Syarikat. Di sekolah, gadis ini dikenali sebagai gadis popular yang bertubuh kecil dan suka mewarna rambutnya merah jambu dan ungu.

Kemudian, Jolee bertemu dengan Loren Danial Bunner yang berusia 20 tahun. Menurut orang yang mengenali pasangan ini Loren merupakan seorang teman lelaki yang posesif dan hanya mahu Jolee menghabiskan masa bersama dia dan kawan-kawannya sahaja serta kuat cemburu.

Jolee pernah cuba beberapa kali untuk putuskan hubungannya dengan teman lelakinya itu namun Loren telah mengugut untuk membunuh diri setiap kali. Akhirnya, Jolee berjaya memutuskan hubungannya dengan Loren dan keputusannya ini malangnya telah menyebabkan kematiannya.

Beberapa bulan kemudian, Jolee Callan telah bersama dengan teman lelaki baru dan Loren telah menghubunginya untuk pergi mendaki “sebagai kawan”. Gadis ini bersetuju dan sempat menghantar mesej kepada rakannya malam sebelum pertemuannya itu dengan berkata dalam nada lawak:

Kalau jadi apa-apa dengan aku, kau tahu aku dengan siapa.”

jolee callan and her dog

Pada 30 Ogos 2015, pasangan ini bersama anjing peliharaan Jolee, Kiba telah pergi ke Pinhoti Trail yang terletak di Cheaha State Park di Alabama. Loren telah mendokumentasikan aktivitinya ini di Instagram dengan memuat naik tiga gambar Jolee dalam pendakiran terakhir mereka bersama dengan gambar terakhir menunjukkan bahagian belakang Jolee di tebing gunung yang diambil beberapa minit sebelum lelaki tersebut menembaknya dua kali menggunakan pistol .22 Bear Claw.

jolee callan on a cliff

Loren telah melepaskan tembakan pertama di belakang kepala gadis malang ini dan apabila Jolee jatuh, Loren telah pusingkan dia dan lepaskan tembakan kedua di tengah-tengah matanya sebelum menolak mayat Jolee di tebing setinggi 40 kaki.

last photo of jolee callan

Loren hampir terlepas dihukum lepas dakwa dirinya seorang autistik

Loran kemudiannya telah berpatah balik ke keretanya sebelum menelefon 911 untuk membuat pengakuan.

Saya nak serahkan diri saya atas pembunuhan bekas teman wanita saya Jolee Callan yang baru jadi tadi di Gunung Cheaha.”

Lelaki ini kemudiannya menunggu pihak polis tiba dengan tenang di tepi jalan.

Polis tak ambil masa yang lama untuk menemui mayat Jolee Callan. Manakala Loren pula dipenuhi dengan darah bekas teman wanitanya ini dan segera ditahan dan didakwa atas pembunuhan di mana lelaki ini telah mengaku tidak bersalah.

Ketika perbicaraan pada November 2015, Loren mendakwa yang dia dan Jolee telah membuat perjanjian untuk membunuh diri bersama-sama namun dia tak dapat nak bunuh dirinya sendiri selepas membunuh Jolee.

Tapi keluarga dan rakan Jolee Callan telah memberitahu bahawa mangsa sedang dalam persiapan untuk masuk ke kolej dan tidak kelihatan murung dan Loren telah membunuhnya dengan kejam selepas gadis tersebut enggan bersama dengannya semula.

Namun begitu, peguam Loren mengatakan bahawa lelaki ini mempunyai sindrom Asperger dan dia perlu dibicarakan sebagai pesalah belia. Kalau korang nak tahu, mengikut undang-undang Alamaba, mana-mana defendan yang berusia bawah 21 tahun boleh memohon status ini di mana hukuman penjara ke atas mereka tak boleh lebih dari tiga tahun tak kira seteruk mana jenayah yang dilakukan.

Mahkamah telah membenarkan Loren Bunner status tersebut.

loren bunner escorted in vest 768x916 1

Bapa Jolee, Michael Callan kemudiannya telah menelefon ABC tempatan bagi membuat petisyen mengenai status ini. Ekoran laporan media yang besar terhadap kes ini, Loren telah dipanggil semula di mahkamah dan pada Disember tahun yang sama, statusnya sebagai pesalah belia telah dibatalkan.

Pada 13 Julai 2017, Loren telah mengaku bersalah kerana membunuh Jolee Callan dan peguamnya telah meminta mahkamah untuk meringankan hukumannya dengan mendakwa mereka ada bukti bahawa lelaki ini mempunya masalah mental.

Hakim bagaimanapun tidak terpedaya. Loren telah dijatuhkan hukuman sebagai seorang dewasa dan diberikan penjara selama 52 tahun.

Walaupun Loren dibenarkan untuk memohon pembebasan bersyarat selepas 15 tahun menjalani hukuman, Michael Callan merasakan bahawa anaknya telah pun mendapat keadilan yang diperlukan.

Ini adalah perkara yang sepatutnya berlaku. Takkan dia hanya dapat tiga tahun penjara selepas melakukan pembunuhan kejam ni?

“Jolee merupakan gadis yang sangat baik, sangat-sangat baik dan manis. Saya rasa hari ini dia tersenyum dengan keadilan ini.”

Sumber: ati