Macam yang korang tahu, ada beberapa negeri sebelum ini telah menukar hari hujung minggu mereka dari Sabtu ke Ahad kepada Jumaat dan Sabtu termasuk negeri Johor.
Namun baru-baru ini, Malay Mail melaporkan bahawa dalam masa terdekat, Johor dikatakan akan mengumumkan waktu kerja baru di mana cuti hujung minggu akan ditukar semula pada Sabtu dan Ahad manakala Jumaat hanya perlu kerja setengah hari.
Dikatakan, semua parti yang terlibat telah bersetuju dengan cadangan untuk tukarkan semula cuti hujung minggu ke Sabtu dan Ahad selepas tinjauan yang dibuat ke atas beberapa pihak berkepentingan termasuk kerajaan, sektor swasta, sektor pendidikan, pemain industri, termasuk perbankan, dan Persekutuan Majikan Malaysia (MEF).
Majoriti dari responden yang terlibat dalam tinjauan ini, lebih dari 90 peratus telah menyokong untuk kembalikan hujung minggu kepada hari Sabtu dan Ahad.
Ini menunjukkan majoriti besar mahukan penukaran semula dan Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi telah pun mengambil maklum mengenai perkara ini dan sedang menunggu pandangan dari Sultan Ibrahim.”
Untuk pengetahuan korang, sebelum ini kerajaan Johor telah menetapkan cuti hujung minggu pada hari Jumaat dan Sabtu pada 1 Januari 2014 lalu bersempena sambutan hari lahir Sultan Ibrahim yang ke-55.
Namun begitu, perubahan ini telah memberikan cabaran kepada sektor swasta ekoran masa yang suntuk untuk berurusan dengan kerajaan negeri selain mengurangkan masa dengan keluarga.
Bagaimanapun, selepas pengumuman rasmi untuk menukar balik cuti hujung minggu, ia mungkin akan mengambil masa yang lama untuk dilaksanakan kerana banyak perkara perlu diubah seperti kiraan gaji dan jadual.
Lebih penting lagi, kerajaan Johor tak mahu menyusahkan pelajar negeri itu yang mahu mengambil peperiksaan pada hujung tahun. Jadi penukaran ini hanya boleh dibuat pada hujung tahun atau awal tahun depan untuk tidak menimbulkan masalah.”
Wow senanglah anak-anak yang kerja dekat perantauan lepas ni nak balik jumpa mak ayah di kampung kan?
Baca: “Perangai” – Kereta Tunku Temenggong Johor Kena Geser Dengan BMW Plat Nombor Singapura