in

Johnny Depp Bercinta Dengan Peguam Sendiri, Sering Bertemu Secara Rahsia Di Hotel

cats 21

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelakon popular, Johnny Depp dilaporkan sedang menjalin hubungan bersama bekas peguamnya, Jolle Rich, 37. Berita ini sekaligus menafikan ura-ura bahawa pelakon berusia 59 tahun itu sedang bercinta dengan Camille Vasques seperti yang diperkatakan ramai.

Buat yang tidak tahu, Jolle ialah salah seorang daripada peguam yang membela Johnny Depp dalam kes saman terhadap sebuah tabloid Britain. Untuk rekod, tabloid Britain tersebut mendakwa Johnny Depp memukul isterinya, Amber Heard pada tahun 2018.


AY2AOVDSVZASBAZE6FF3AAXIFI

Menurut sumber, Jolle bukanlah sebahagian daripada peguam yang membela Johnny Depp dalam perbicaraan kes fitnah menentang Amber Heard awal tahun ini. Bagaimanapun, dia dilihat hadir ke mahkamah di Virginia itu untuk memberikan sokongan moral.

Menurut sumber lain pula, hubungan mereka dilihat begitu serius. Kehadiran Jolle ke mahkamah dilihat bukan atas dasar profesional, namun bersifat peribadi.

instar51638282

Johnny Depp dan Jolle Rich dikatakan sering dilihat bertemu di hotel secara rahsia di awal-awal hubungan mereka. Jolle masih berkahwin dan memiliki dua cahaya mata sewaktu bertemu Depp, namun kini sudah bercerai.

Beberapa bulan lalu, Depp dikatakan bercinta dengan peguamnya, Camille oleh ramai pihak. Dengan berita ini, nampaknya hubungan Depp dan Camille hanyalah bersifat profesional.

Kredit: Harian Metro

BACA: Mati Pucuk Punca Johnny Depp Lakukan Keganasan Seksual – Amber Heard

Capture 18

Sumber: 1News
Sumber: Dlisted

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.