in

“J*langk*te” – Rupa Macam Karipap, Netizen Terkedu Bila Tahu Nama Kuih Asal Indonesia Ini

Jalangkote 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kalau korang nak tahu, beberapa kuih tradisional di Malaysia dan Indonesia mempunyai rupa dan rasa yang sama namun namanya pula berbeza. Contohnya, kuih ketayap disebut di Malaysia tetapi di Indonesia, ia dipanggil sebagai kuih dadar gulung.

Baru-baru ini, seorang TikToker telah memuat naik satu video memaparkan dirinya sedang makan kuih yang rupanya sama seperti kuih karipap.


Rupa memang macam karipap!

Kalau di Malaysia kita menyebutnya kuih karipap, di Indonesia pula mereka menamakan kuih tersebut sebagai ‘jalangkote’. Walaupun bunyinya agak pelik tetapi itulah nama bagi kuih tradisional yang berasal dari Sulawesi Selatan itu.

Artikel berkaitan: “It’s delicious” – Pelajar Luar Negara Kukus Karipap, Dah Jadi Macam Dumpling Pulak!

Artikel berkaitan: “Boleh pilih topping” – Hidangkan Pelbagai Jenis Mi Segera Kepada Tetamu, Majlis Kahwin Di Indonesia Ini Jadi Perhatian

Kuih tersebut merupakan makanan ringan untuk rakyat Indonesia dan ia mudah untuk didapati kerana dijual di gerai tepi jalan.

Kalau di Malaysia, nama dia karipap. Tapi, kalau di Malaysia nama dia ‘jalangkote’.

Pun begitu, inti kuih jalangkote tidak sama seperti kebiasaan kuih karipap di Malaysia yang berintikan kentang ataupun sardin.

Menurut laman web detiksulsel, inti kuih jalangkote adalah sayur, telur, bihun dan isi daging. Selain itu, kuih jalangkote dicicah bersama sos cili yang dicampur dengan cuka.

https://www.tiktok.com/@zhiddinazizz/video/7363993033018215701?_r=1&_t=8m0UVhnPt69

Netizen Malaysia terkedu bila tahu..

Bagaimanapun, nama kuih tersebut telah menjadi perhatian netizen dari Malaysia. Rata-rata daripada mereka terkejut apabila mengetahui nama kuih itu namun ada yang memuji keenakan kuih jalangkote walaupun namanya agak pelik jika disebut di Malaysia.

Jalangkote 1

Min tengok macam inti popia sayur.. mesti sedap ni!

Sumber: TikTok, detiksulsel, detikfood

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.