in

JKN Pulau Pinang Rampas Gula-gula ‘Gummy’ Yang Dijual Berhampiran Sekolah Mohamad Fahmi

syaz ft 2025 02 21T144952.837

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, kita dikejutkan dengan berita kematian kanak-kanak berusia 10 tahun dipercayai berpunca daripada tercekik gula-gula kenyal (gummy) berbentuk mata yang kini sedang trending dalam kalangan kanak-kanak.

Terbaru, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang merampas gula-gula kenyal atau ‘Gummy Original Basketball Soft Candy’s’ yang dijual di sebuah gerai di Jalan Sungai Dua.


Artikel berkaitan: Belum Sedarkan Diri Lagi, Murid 10 Tahun Kritikal Tercekik Makan Gula-gula ‘Gummy Mata’

Artikel berkaitan: “Saya lihat air matanya bertakung menahan sakit” –  Murid Tercekik Gula-gula ‘Gummy’ Sedang Tenat 

Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, Daniel Gooi Zi Sen berkata, hasil siasatan awal mendapati gula-gula tersebut dipercayai diperoleh dari gerai berhampiran sekolah mangsa.

Daniel Gooi Zi Sen
Daniel Gooi Zi Sen

“Pemeriksaan ke atas gerai-gerai di kawasan sekitar telah dijalankan pada Rabu dan pasukan penyiasat telah menemui produk ‘Gummy Original Basketball Soft Candy’s’ di sebuah premis di Jalan Sungai Dua dan sitaan produk telah dijalankan.

JKN Pulau Pinang kini sedang menyiasat lebih lanjut berkaitan keselamatan produk makanan terbabit dan tindakan selanjutnya akan diselaraskan diperingkat ibu pejabat Program Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai khususnya ibu bapa untuk memantau dan menasihati anak-anak mereka supaya lebih berhati-hati dalam pemilihan makanan terutama makanan yang mempunyai risiko tercekik.

Sebelum ini, Mohamad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin, 10, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) HPP menghembuskan nafas terakhirnya pada jam kira-kira 11 malam tadi.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.