in

Jiran Yang Bertandang Ke Rumah Anda Confirm Jeles Dengan 5 Perkara Ni

Jeles

Sumber imej: focalpoint.asia

Setiap kali hari raya menjelma, para ibu pastinya antara golongan yang sibuk dalam memastikan isi rumah dalam keadaan teratur dan cukup serba-serbi. Tambahan pula apabila rumah tersebut bakal dikunjungi bukan sahaja sanak saudara jauh dan dekat tetapi juga si jiran sebelah rumah yang suka jeles-jeles tu.

Perkara-perkara ini pasti buat jiran korang jeles bila datang ke rumah raya ini:

1. Bergaya dengan baju raya pereka fesyen terkenal tanah air

Img 8781
Gambar hiasan – sumber: hotfm

Buka saja laman Instagram atau Facebook, mata anda sudah tertarik dengan iklan-iklan pakaian daripada pereka fesyen terkenal seperti Jovian Mandagie, Rizalman, Hatta Dolmat dan lain-lain.

Namun betapa beruntungnya anda apabila si suami atau ahli keluarga membelikan pakaian berjenama tersebut kepada anda sekeluarga untuk digayakan pada hari raya nanti. Pastinya tak berkedip mata jiran anda Joyah dan Kiah melihatnya. Ternganga depa tengok nanti wehhh!

 

2. Set barang kemas baru yang buat jiran anda pedih mata melihatnya

Gelang Emas
Gambar hiasan – sumber: lekat lekit

Bukan mami jarum saja yang boleh bergaya dengan barang kemas yang berbelit-belit hingga ke siku. Tahun ini tiba-tiba pula anda dapat durian runtuh, bolehlah beli seutas dua gelang dan rantai yang biasa-biasa. Pasti akan ada juga mulut-mulut jiran sebelah yang cemburu dan tak boleh tengok orang lain lebih daripada mereka. Sambil mata depa duk menjeling je barang kemas tu…

Maklumlah perempuan mana yang tak gemarkan barang kemas. Ladies, anda boleh saja kumpulkan duit masa bulan puasa ini dengan menjual biskut raya buatan sendiri kalau nak bergaya dengan set barang kemas baru. Manalah tahu dapat beli juga sebentuk cincin ke seutas rantai ke.

 

3. Juadah yang disediakan unik dan sedap sehingga jiran sebelah dapat bau masakan anda

Cinnamoncoffeehouse Ramadhan
Gambar hiasan – sumber: zbs resources

Kalau bercakap mengenai juadah semasa hari raya, pastinya ramai yang terbayang-bayang nasi impit, kuah kacang, rendang dan juga ketupat palas. Namun disebabkan anda sudah bosan dengan hidangan juadah yang klise setiap tahun, anda pun sediakan makanan seperti kambing bakar, nasi arab, ayam golek dan macam-macam lagi yang jarang dihidang kepada tetamu di hari raya.

Seminggu jugalah jiran-jiran yang bertandang ke open house rumah anda asyik memuji kesedapan makanan yang disediakan. Tak kurang juga yang cemburu dan nak ‘lawan’ raya tahun depan pula.

 

4. Mempunyai ahli keluarga yang selamba, peramah dan pandai melayan tetamu

Wpid Wp 1436440744332
Gambar hiasan – sumber: mentol blog

Dikurniakan ahli keluarga yang bersopan santun dan bijak bergaul dengan tetamu adalah satu anugerah yang terindah. Bukan semua anak-anak suka duduk berjam-jam lamanya dan melayan satu persatu tetamu yang hadir. Kebanyakan lebih gemar duduk di dalam bilik atau memilih untuk berhari raya bersama teman-teman.

Sikap kesopanan dan peramah yang dimiliki anak-anak dan ahli keluarga lain menjadi sebutan jiran-jiran yang bertandang. Ada juga yang rasa cemburu memikirkan mengapa anak mereka tidak mempunyai sikap seperti anak-anak anda. Kesiannya…

 

5. Beli barangan perkakasan rumah yang baru dengan harga yang murah gila!

Lg
Gambar hiasan – sumber: lg

Dekorasi dalaman rumah merupakan perkara pertama pasti menjadi bualan tetamu yang bertandang ke rumah anda. Perabot baru, langsir baru, cat rumah baru dan juga tidak dilupakan barangan elektrik serta lampu rumah yang baru! Tapi bagaimana anda hendak membeli barangan elektrik yang baru jikalau kebanyakan wang anda telah dihabiskan untuk membeli pakaian berjenama dan juga set barang kemas yang beribu harganya?

Jangan risau! Ada tempat yang sesuai untuk anda beli barangan ini dengan harga yang murah. Lagipun One Living telah membuka cawangan baru di Senawang dan percaya atau tidak mereka juga bakal mengadakan promosi jualan dari 5 hingga 7 Mei 2017 ini.

Banner 01 1

Jadi bolehlah anda semua memborong barangan elektrik dari jenama-jenama yang terkenal seperti LG, SHARP, TOSHIBA, PANASONIC, PHILIPS, SAMSUNG, TEFAL, ELECTROLUX, ELBA, SONY dan lain-lain.

Harga yang ditawarkan juga murah-murah belaka sehinggakan jiran-jiran anda menggigit jari mendengarnya!

Mesin basuh 7kg hanya RM479?!

Post 1 Washer 01 1

Dah ramai-ramai orang berkunjung ke open house nanti… mesti rumah rasa panas sikit, kan?

Post 2 Air Conditioner Washer 01

Post 3 Refrigerator 01

Post 4 Water Heater Ceiling Fan 01

Post 5 Small Items 01

Post 6 Small Items 01

Post 7 Tv 1 01

Post 8 Tv 2 01

Lighting 01

Dan lebih banyak produk lagi!

Jangan lupa kongsikan status ini kepada jiran-jiran anda yang cemburu tu supaya mereka juga dapat bergaya dengan barangan elektrik dan lampu rumah yang baru.

Kalau anda berminat dan nak tahu dengan lebih lanjut lagi, klik sini!

Tarikh: 5-7 Mei 2017
Masa: 10 pagi hingga 7 malam
Waze ke One Living Senawang: https://waze.to/lr/hw22x23xd1

Datang awal kalau tak nak ketinggalan jualan dengan harga-harga murah belaka!