in

“Jiran puaka” – [VIDEO] Tingkap Selalu Bau Hancing, Rupanya Jiran Tergamak Simbah Air Kencing!

Ft Jiran Kencing

Baru-baru ini, telah tular sebuah video apabila seorang pengguna TikTok berkongsi sebuah kisah pelik yang berlaku di kawasan rumahnya.

Kata pemilik akaun TikTok tersebut, tingkap depan rumahnya selalu dibasahi cecair asing yang berbau hancing seperti air kencing.

Pada awalnya, andaian yang dibuat adalah kemungkinan cecair asing tersebut merupakan air kencing kucing namun tingkap tersebut agak tinggi dan tidak logik kerana kesan basah lelahan air terlalu tinggi.

Dinding bau hancing sampai berkulat

@snow_queenz_

Perbuatan apakah ini? Mental ke apa? #jiranpuaka #misteri #terbongkar

♬ Mysterious – Andreas Scherren

Semasa artikel ini ditulis video berkenaan telah mendapat 1.8 juta jumlah tontonan dan meraih 67K tanda suka dalam masa dua hari.

Sampaikan tuan rumah tersebut membuat andaian perkara tersebut ada terpalit dengan perbuatan jin ataupun syaitan yang melekat pada tingkap rumah tersebut.

Perkara tersebut berlanjutan sehingga menyebabkan dinding rumah mereka rosak dan berkulat walaupun mereka kerap mencuci kotoran tersebut.

Oleh kerana berasa geram, akhirnya pemilik rumah tersebut telah bertindak untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk mendapat kepastian tentang situasi yang berlaku.

“Baru-baru ni rasa tak puas hati. Setiap kali kami tiada di rumah perkara ini akan terjadi. Terfikir nak letak kamera untuk rekod apa yang berlaku,” katanya.

Jiran buat khianat?

Screenshot 2023 02 02 124036

Menerusi rakaman CCTV, mereka berasa terkejut apabila mendapati bahawa cecair tersebut adalah perbuatan khianat jirannya sendiri.

Dapat dilihat pergerakan tangan dari rumah sebelah yang menyimbah secawan cecair ke arah tingkap rumahnya.

Difahamkan laporan polis juga telah dibuat pada 28/1/2023 dan pelaku dipercayai seorang lelaki dan merupakan jiran sebelah rumahnya serta sudah pun mempunyai keluarga.

“Report polis je jiran macam ni” – Netizen

Rata-rata ruangan komen dipenuhi dengan saranan dari netizen agar individu berkenaan membuat laporan polis terhadap perbuatan khianat oleh jirannya itu.

Screenshot 2023 02 02 123414

Semoga pihak berkuasa dapat ambil tindakan segera…

Baca :  “Macam abang kawasan”- Individu Selamba Bina Bangsal Tengah Jalan, Semata-Mata Nak ‘Cop Parking’

Ft Bangsal Tengah Jalan 608X320 1

Sumber: mStar