Sebagai seorang yang beragama Islam, wajib bagi kita untuk menyantuni jiran-jiran sekeliling dan bertuah juga jika kita mendapat jiran yang baik serta prihatin.
Namun, ada juga di antara kita yang bernasib malang apabila mendapat jiran yang kurang mesra dan melakukan onar seperti yang berlaku kepada seorang individu ini.
Artikel berkaitan: “Jiran puaka” – [VIDEO] Tingkap Selalu Bau Hancing, Rupanya Jiran Tergamak Simbah Air Kencing!
Artikel berkaitan: Biar Budak Kencing Di Dapur Ketika Memasak, Restoran Diarah Tutup Serta Merta
Curah air kencing depan pintu rumah
Menerusi perkongsian Mohamed Shahfir di TikTok, kejadian yang berlaku di Singapura ini memaparkan seorang lelaki dilihat membawa satu botol yang didakwa mengandungi air kencing.
Lelaki berkenaan dilihat mencurah kandungan di dalam botol itu di hadapan pintu rumah mangsa dan juga pada rak kasut. Ada juga gambar yang menunjukkan botol itu diterbalikkan dan diletak pada sudut depan pintu rumah.
@mohamed.shahfir Today Wednesday 18 Oct, My neighbour who stays under my level pours pee again at my house for the 4th time… I reported to the police on 26 September (3rd attempt) and no updates… Why 3rd time then I report? Because have not installed CCTV would not want to point fingers at any of my neighbours. The funny thing is I am not sure why me because he doesn’t stay directly under me either… .. so I made a video for the lovely uncle.. #neighboursbackfromhell #singapore @Mothership @
♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects
Hari ini Rabu 18 Oktober. Jiran saya yang tinggal di tingkat bawah mencurah air kencing lagi di rumah saya buat kali yang keempat.
“Saya sudah membuat laporan polis pada 26 September lalu (kali ke-3 kejadian berlaku) dan tiada update.
“Mengapa saya buat laporan apabila kali ketiga ia berlaku? Sebabnya saya tidak pasang CCTV dan tidak mahu menuding jari pada mana-mana jiran.
“Yang lawaknya, saya tak pasti kenapa dia buat pada saya kerana dia tak duduk pun betul-betul di bawah rumah saya. Jadi saya buat video ini khas buat pakcik ini. #jirandarineraka #singapura,” tulisnya.
Video ini telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang jijik dengan sikap pakcik berkenaan dan berharap pihak berkuasa negara itu dapat mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pelaku.
Haih tak tenang dapat jiran macam ni. Pindah lagi baik kalau kena hadap perkara ini setiap hari.
Sumber: TikTok