Seorang wanita tidak menyangka apabila mendapati kucing kesayangan yang hilang selama dua hari di rumah keluarganya di Kampung Tersusun Sungai Siput dekat Perak, rupanya sudah dibaham harimau akar.
Perkara itu terbongkar selepas Balqish Musa, memeriksa rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah keluarganya itu Isnin lalu.
Katanya, sebelum kejadian, dia menyangkakan kehilangan kucing adalah perkara biasa apabila dimaklumkan mengenai kehilangan serentak tiga kucing peliharaan jirannya.
Artikel berkaitan: Terpaksa Tinggalkan Bersendirian Di Rumah Sebab Balik Kampung, Tuan Kucing Sedih Bila ‘Check’ CCTV
Artikel berkaitan: Jabatan Perhilitan Sahkan Penemuan Bangkai Seekor Harimau Belang Dalam Sungai Di Kelantan
Namun kehilangan si bulus yang diberi nama Petra itu dianggap agak pelik memandangkan ia jinak dan sangat jarang merayau jauh.
Katanya lagi, dia mendapati ada kesan najis kucing bertebaran di perkarangan rumah pada hari kucingnya dipercayai hilang.
“Saya menetap di Ipoh namun Petra saya tinggalkan di rumah ibu memandangkan saya sering bekerja di luar kawasan dan pulang ke kampung setiap hujung minggu. Dua hari selepas Petra hilang, saya baru terdetik untuk memeriksa CCTV.
“Saya terkejut melihat rakaman itu yang memaparkan Petra dibaham harimau akar dianggar bersaiz kambing dewasa kira-kira jam 3 pagi.
“Petra memang kucing kesayangan saya biarpun ia sudah seakan menjadi ‘kucing kampung’ memandangkan ibu dan ayah turut membela lapan kucing di rumah itu,” katanya.
Video dari Threads…..katanya kejadian di Sungai Siput, Perak.
Tiada info lanjut yea….
Rakaman cctv dari rumah owner…harimau kumbang/akar bawa lari + makan kucing kesayangan owner .
Sumber:Balqishmusa pic.twitter.com/metPf75Myz— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 7, 2024
Menerusi rakaman yang dikongsikan di media sosial itu, kelihatan seekor harimau akar memanjat tembok mahu keluar dari halaman rumah sambil menggigit seekor kucing dan membawa lari masuk ke hutan.
Dalam pada itu, Balqish memaklumkan telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dan pihak tersebut juga sudah memasang jerat.
Katanya, perkongsian video itu dibuat supaya penduduk sekitar berwaspada dengan kejadian yang telah menimpa kucingnya.
Sumber: Facebook, Harian Metro