in

“Jin suka tempat tu” – Wanita Cerita Jin Suka Duduk Dekat Timbunan Baju Tak Berlipat?

Baju 6

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang kalau baju dah kering, terus lipat atau biar bertimbun? Kalau biar je mungkin korang kena dengar kisah ni.

Seorang wanita di TikTok memuat naik satu video menceritakan pengalaman orang lain yang mendakwa longgokan baju tidak berlipat adalah tempat kesukaan jin. Kisah dikongsi oleh datuk individu tersebut ketika menjumpai kanak-kanak hilang dalam longgokan pakaian yang tidak berlipat.


Cucu hilang tiba-tiba..

Kisahnya bermula apabila datuk individu itu didatangi oleh seorang pakcik yang memberitahu cucunya hilang secara tiba-tiba dan masih belum dijumpai selama tiga hari. Oleh itu, dia mengambil keputusan untuk membantu pakcik tersebut.

Atuk aku selalu akan bawa Quran dekat tangan dia. So, bila sampai je kat rumah, atuk aku terus minta izin untuk masuk ke dalam bilik pakcik tu.

Difahamkan, bilik tersebut hanya untuk meletakkan pakaian dan bukan untuk tidur. Ada juga longgokan baju yang belum berlipat di atas katil dalam bilik tersebut.

Atuk aku berdiri dekat tepi katil lalu membaca doa dan dia seluk tangan dalam timbunan baju tersebut dan timbunan tu taklah tinggi mana.

@junaidah_ayuu

cuba tag siapa perangai macam ni… #fyp #foryou #foryoupage #ceritahoror #ceritaseram #kisahseram #horror #horrorstory #kisahhoror #tiktokmalaysia

♬ original sound – Gadis Ayu🤍 – Gadis Ayu🤍

Tangan datuk kena rentap, ada suara meraung

Sedang datuk individu itu mencari sesuatu dalam timbunan, tiba-tiba tangannya direntap sehingga membuatkan datuknya tersembam di atas timbunan baju tersebut. Dia cuba melawan benda ghaib tersebut lalu ada suara meraung yang keluar secara tiba-tiba.

Artikel berkaitan: ⁠”Takde gumpal-gumpal” – Susun Baju Satu Per Satu, Netizen Puji Cara Lelaki Ini Guna Mesin Pengering

Artikel berkaitan: Guna Pancing Ikan Ambil Baju Terjatuh Dari Ampaian, Tindakan Bijak Lelaki Ini Dipuji Netizen

Atuk terus baca ‘Yasin Mubin’. Setiap kali berhenti mubin, atuk aku akan baca doa. Tiba-tiba dia rasa sesuatu benda terbakar lalu keluar bau hangit.

Selesai baca semua ayat, atuk aku cuba tarik perlahan-lahan tangan ni masa ni memang nampak ada satu lagi tangan budak kecil ikut sekali. Atuk aku cepat-cepat tarik tangan budak sampai badannya keluar sekali.

Rupa-rupanya, tangan yang ditarik itu adalah milik budak yang hilang dan keadaan badannya pada ketika itu sangat lemah serta ada kesan lebam.

Jin suka duduk dekat kain tak berlipat

Tuan rumah memberitahu, mereka selalu melipat pakaian tetapi ada masa ianya itu tidak habis dilipat. Kemudian, datuk individu itu menasihati agar tidak membiarkan pakaian bertimbun kerana jin sukakan duduk di tempat itu.

Kadang yang gantung banyak-banyak, terdedah tu.. ‘diorang’ suka sembunyi dekat situ malah kalau nak tidur pun kalau boleh, kita tepuk dulu katil tu supaya jin pergi. Jangan lupa baca ayat Kursi sebelum tidur.

Menjengah di ruangan komen, ramai netizen berasa seram dan terus melipat pakaian mereka.

Baju 1 Baju 2

Fuh.. seram min dengar cerita ni..

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.