in

“Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan UPNM lagi” – YDPA

Syaz Ft 2024 12 03T152937.939

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui, terdapat banyak kes buli yang berlaku di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), malah ada yang sehingga meragut nyawa.

Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian buli dan penderaan yang berlaku di universiti tersebut.


Artikel berkaitan: 2 Lelaki Ditahan, Cuba Masuk Ke Dalam Istana Negara & Dakwa Mahu Jumpa YDPA

Artikel berkaitan: “Jaga adab & tatatertib” – YDPA Titah Speaker Gantung 2 Minggu Ahli Parlimen Yang Melampaui Batas

Seri Paduka Baginda bertitah, semua pihak mesti berusaha menghentikan budaya itu dan memulihkan nama baik UPNM.

468924740 1144758647008755 6073959692802609035 N

“Falsafah utama UPNM ialah untuk menjadi sebuah universiti utama di rantau ini dalam bidang pertahanan, ketenteraan dan keselamatan. Disiplin dan budaya tentera adalah menjadi falsafah utama universiti ini.

Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi,” titah Sultan Ibrahim.

Baginda juga bertitah ia lebih mendukacitakan apabila kejadian penderaan terus berlaku, seperti tiada usaha yang serius diambil oleh mana-mana pihak walaupun kejadian sebelumnya telah dibawa ke mahkamah.

Sultan Ibrahim bertitah, Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah.

“Bagi melahirkan seorang pegawai tentera, memang memerlukan latihan fizikal dan mental yang keras. Tetapi ini tidaklah sampai mendera sehingga menyebabkan kecederaan dan kematian.

Saya percaya ibu bapa menghantar anak mereka ke sini untuk belajar menjadi seorang pegawai tentera, bukan untuk didera,” titah baginda.

Baginda bertitah itu pada Istiadat Konvokesyen Ke-14 UPNM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL).

Sumber: Kosmo!

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.