in

Jijik! Warden Didakwa Liwat Dan Cabul Pelajar Tahfiz Beberapa Kali Sebelum Kantoi Dan Larikan Diri

Featured 20

Apa agaknya perasaan ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Pusat Tahfiz untuk menimba ilmu ukhrawi namun sebaliknya yang terjadi apabila anak mereka diliwat dan dicabul di tempat pengajian islam tersebut?

 

Warden liwat dan cabul pelajar tahfiz termasuk ajak tonton video lucah

Ini yang berlaku di sebuah pusat tahfiz di Kangsar, Perlis apabila dilaporkan ada seorang warden asrama di tempat tersebut bertindak meliwat 2 pelajar dan mencabul 3 yang lain dalam kejadian sejak April.

Memetik Harian Metro kesemua mangsa yang berusia antara 9 hingga 15 tahun itu juga dipaksa melakukan seks oral kepada warden lelaki berkenaan berulang kali termasuk memaksa mereka menonton video lucah bersamanya di bilik lelaki itu..Ini melampau!

1C7Dcd22 6Ced 4423 B653 Cee5Db1955C1
Gambar hiasan

Ketua Polis Perlis, Datuk Noor Mushar Mohd berkata, kes ini akhirnya terbongkar selepas salah seorang mangsa mengadu kepada gurunya dan sejurus itu guru tersebut yang berusia 25 tahun terus membuat laporan pada jam 11.25 pagi hari ini di Balai Polis Simpang Empat.

Menurut laporan, warden tersebut telah melucutkan pakaian pelajarnya itu secara paksa seterusnya memasukkan kemaluan ke dalam dubur mangsa selain mengugut untuk memukul jika perbuatannya itu dihebahkan.”

Datuk Noor Mushar berkata hasil pemeriksaan dalaman pihak sekolah mendapati empat lagi kanak-kanak lelaki berusia sembilan hingga 12 tahun turut menjadi mangsa kegiatan tidak bermoral warden itu dalam beberapa kejadian yang berasingan.

 

Kegiatan terbongkar, suspek dipercayai larikan diri ke Ipoh.

Katanya hasil keterangan daripada empat mangsa tersebut mendapati seorang daripada mereka menjadi mangsa liwat berulang kali sejak awal april.

“suspek juga sering meminta kesemua mangsa memeluk dan mencium mulut selain melakukan seks oral.”

“Suspek meliwat mangsa yang berusia 15 dan sembilan tahun, manakala selebihnya dipaksa melakukan seks oral.”

Download
Gambar hiasan

Datuk Noor Mushar memaklumkan yang pihak polis kini sedang berusaha menahan suspek dipercayai berusia lingkungan 30-an secepat mungkin bagi membantu siasatan.

Katanya suspek berusia 28 tahun yang masih belum berkahwin itu dipercayai melarikan diri ke Ipoh, Perak sejurus laporan polis dibuat.

Mushar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Baca : Kekejaman The Candy Man : Seksa Liwat 28 Remaja Lelaki Rangsang Guna Dildo 18 Inci Sebelum Gigit Putus Zakar Dan Tembak Sampai Berkecai.

1 16