Bagi pendapat min, rumah tu biarlah bersepah asalkan jangan kotor, itu adalah 2 perkara yang berbeza ke, kembang tekak bila tengok perkongsian ni.
Baru-baru ini, individu yang merujuk dirinya sebagai Alex (bukan nama sebenar) ada kongsikan kepada WORLD OF BUZZ pasal penyewanya.
Katanya, penyewa itu ada sewa studio apartment miliknya untuk tempoh 3 bulan dan kelihatan seperti penyewa itu tak pernah kemas rumah!
“Bertahun-tahun kerja dalam industri ini. Saya tak pernah jumpa orang yang bersepah sampai macam ni sekali. Saya tak tahulah macam mana diaorang tidur.”
Katanya kepada WORLD OF BUZZ, Alex mengatakan penyewa itu memang bermasalah sepanjang menetap dirumahnya, bagaimanapun dia tidak pernah jangka sampai seteruk ini.
Jika diperhatikan salah satu gambar dilihat katil pun patah, sampai sarap disekeliling rumah, tak boleh bayangkan macam mana lah baunya.
Walaubagaimanapun, Alex malas nak perbesarkan isu, dia hanya terus bersihkan rumah tersebut supaya boleh disewakan kepada orang lain.
Menurut ejen hartanah tersebut , kadar sewa di unit tersebut hanya RM 1,200 dimana ianya dianggap begitu murah untuk satu unit.
Dalam masa yang sama Alex selaku ejen hartanah mengingatkan penyewa di luar sana supaya jaga tempat menginap itu seperti milik sendiri.
Lokasi rumah tidak didedahkan, bagaimanapun, harap perkara ini tidaklah kita amalkan kerana rumah adalah tempat untuk kita tenangkan minda, tapi kalau dah macam ni, makin stress jadinya.