Masalah longkang tersumbat ini adalah satu isu yang tidak boleh dipandang enteng kerana ia pasti mengganggu urusan harian yang mana penduduk terpaksa hadap masalah pencemaran bau, apatah lagi kalau ianya berlaku di kedai makan.
Selain kena hadap bau busuk, ia pasti ganggu ketenteraman pelanggan dan berkemungkinan menjadi penyumbang utama kepada kerugian dalam perniagaan. Situasi beginilah yang terjadi kepada peniaga ini.
Artikel Berkaitan : Misteri Bau Busuk Terungkai, Anak OKU Rupanya Dah 4 Hari ‘Tinggal’ Dengan Mayat Bapa
Artikel Berkaitan : Parkir Hotel Berbau Busuk Macam Bangkai Lepas 3 Tahun Tidak Beroperasi, Rupanya…
Dalam video tersebut, lelaki ini menunjukkan keadaan longkang yang mana airnya begitu keruh dan berdasarkan reaksi perakam, ia berbau terlalu busuk.
Jelas mereka, sebenarnya mereka sudah membuat laporan kepada pihak MBS (Majlis Bandaraya Seremban) tetapi pihak tersebut hanya bersihkan longkang tanpa memperbaiki mutu aliran perparitan itu. Maka, kejadian longkang tersumbat berlaku dengan kerap.
@m_aimanfaiz Dah berapa kali panggil majlis sama juga. YB yang jaga Dun Temiang ni mana eh ? Aku tak tahan ni 🤣
Disebabkan itu, mereka berharap ada pihak berwajib untuk ambil serius mengenai perkara ini agar masalah ini dapat diatasi.
@m_aimanfaiz Replying to @ihsan gamtenk kalau video ni boleh bau memang piaw bhai 😭. Mana la YB area ni hilangkan masalah ni please
Bila min tengok sendiri, min pun macma kembang tekak.
Sumber : TikTok