Eee..macam mana la nak tidur dengan keadaan bilik macam ni?
Kotor dan menjijikkan! Mungkin itu perkataan paling tepat nak menggambarkan keadaan bilik tidur seorang gadis ini yang penuh dengan sampah dan lipas mati.
Salah seorang penghuni di bilik lain, Micho Teh yang menyewa rumah yang sama berkata, dia amat terkejut melihat keadaan bilik housematenya yang macam ‘tongkang pecah’ tu.
Lautan sampah sarap dalam bilik..

Lipas mati dan najis serangga..

Dipenuhi pelbagai jenis sampah..

Micho dalam postingnya di facebook sebelum ini mendedahkan keadaan bilik rakan serumahnya itu, malah dia juga ada memberitahu yang ‘gadis’ tersebut bukan rakannya dan gemar makan sendirian dalam bilik
“Dia berbau busuk dan rambutnya berminyak. Saya dan Nobu menganggap dia mempunyai isu kebersihan yang sangat serius dan membayangkan bilik tidurnya terlalu kotor tetapi memandangkan kami merancang untuk berpindah keluar pada bulan ini, kami biarkan saja.”
“Selepas dua minggu, kami dapati lipas semakin banyak di dalam rumah.”
Micho berkata keadaan menjadi semakin ‘sukar’ buatnya dan penghuni lain apabila terlihat banyak lipas keluar dari tingkat atas kediaman yang dihuni mereka itu.
Malah mereka mendakwa ada melihat lipas terbang keluar dari bilik ‘gadis’ tersebut.
Lots of big ass cockroachessss..

I don’t know where the cockroach come from..

So disebabkan keadaan dah nampak macam makin teruk, dia dan seorang lagi penghuni, Nobu ambik keputusan untuk masuk ke bilik ‘gadis’ tersebut, lagipun gadis tersebut tiada di rumah.
Korang bayangkan lepas je Micho dan Nobu buka pintu bilik ‘gadis’ tersebut, mereka cukup terperanjat sebeb bilik tu penuh dengan sampah sarap yang sekaligus menjadi punca kepada pembiakan ‘family’ lipas dan serangga lain…whaaatttt!!
Micho berkata dia terpaksa tinggal di rumah rakan buat sementara waktu sebab tak tahan dengan keadaan dan bau rumah tersebut.
I kennot sleep at all…

Inhaling all the toxic gas and disgusting smells…

Micho berkata disebabkan keadaan rumah yang dah terlalu ‘semak’ tu, dia dengan penghuni lain ambik keputusan untuk bersihkan kotoran yang ada khusus di bilik ‘gadis’ tersebut.
Namun, ia tidak dapat dibersihkan sepenuhnya..
Sampah yang sudah dibungkuskan..

Keadaan bilik masih kotor dan berbau meski sampah telah dibersihkan..

Meremang weh tengok keadaan bilik tidur macam tu, rasanya sesiapa pun tak sanggup nak tidur kalau bilik dipenuhi sampah sarap kan.
Kat sini ada video daripada The Star pasal kisah ni..
https://www.facebook.com/TheStarTVdotcom/videos/1989274247846434/?__xts__[0]=68.ARDu7ALQM88rLmIO3vPDgsgPlgytvW7yaJ7hDnHa0jlbqwLHUFwUzQnFqJyQFsgD0W44XHxUM75PpBvHiHreZOnV13oUmSV1Oh5Uvb1NRSsrBI7OYDQgdpt-niKMHrkquT5t3pIVkv2MG0x9CqWyLkHS2Cnl31NyQ5xuSa7ek4UcZTUrd_tJOhts2Msl5zd7R9PvA5HeyywL2_5slAR48dVetljU0aUAa7cO3Co5ZXOZclJV7VORuzJByIZZURbZBv_Mc3s7MNPnYj3hMt3ubJGOg8O8X_OBBQiuodyBVA2CLy0OpVo9p8bn7m_Cc-NxApV5rDI625GSfJmAczH_XHGb4fFyca0P&__tn__=H-R1.g
So korang kat luar sana, make sure jaga kebersihan diri dan persekitaran, bukan je kita happy, orang sekeliling kita pun akan happy.
Baca : Sebatang Kara, Sakit Mental, Tinggal di Rumah Penuh Sampah

