in

“J*hanam ini p*kimak…” – ‘Pandai’ Sangat Pecahkan Cermin, Muka Famous Sebab Rakaman Dashcam Kereta

Dashcam 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
"J*hanam ini p*kimak..." - 'Pandai' Sangat Pecahkan Cermin, Muka Famous Sebab Rakaman Dashcam Kereta
Loading
/

Buat sesetengah orang, maybe mereka rasa tak perlu untuk pasang dashcam dekat kereta atau mungkin kerana kos yang agak tinggi. Tapi, sebenarnya dashcam ni berguna lagi-lagi bila berlaku kes accident ke, kereta kena pecah ke… So, apa salahnya keluarkan duit untuk benda yang ada kebaikan macam ni, tak gitu?


Disebabkan pasang dashcam jugalah, seorang lelaki dari Johor Bahru ni dapat tahu ‘malaun’ mana yan g pecahkan cermin kereta Mazda dia baru-baru ni. Haaa kan berguna tu!

Kereta 1

Kereta 2
sumber: facebook

Menurut Charles Lim, kejadian malang tu berlaku dekat kawasan parkir The Store Pandan, Johor Bahru. Walaupun dekat tempat awam dan pada waktu siang, lelaki tu tetap selamba buat kerja jahat dia.

Tapi tulah, sehebat-hebat dia pun sekarang dah dapat bahana, muka dah famous sebab walaupun kereta tu dikunci tapi recorder kamera tu tetap on. Sebab tu Charles masih boleh dapat tengok rakaman kejadian tu berlaku.

Malaun 1

Malaun 2
sumber: facebook

Melalui posting Facebook, Charles bukan je tunjuk screenshot muka mamat tu tapi juga rakaman ketika kejadian tu berlaku. Kalau korang tengok, lelaki tu datang dengan sebuah kereta warna putih bersama seorang lagi ‘malaun’ yang memandu.

Mereka park kereta betul-betul dekat belakang Mazda tu tapi ada beberapa kereta lain lalu lalang, so dorang tak keluar dari kereta terus. Bila line dah clear, lelaki tu yang berbaju merah terus keluar dari kereta dan terus kopak cermin kereta Charles menggunakan satu alat besi dipercayai screwdriver

Tak sampai seminit, cermin belakang kereta tu dah retak seribu dan terkopak tapi Charles tak nyatakan barangan apa yang lelaki tu curi dari dalam kereta dia.

Netizen yang baca posting dan tengok video tu beri bermacam-macam jenis respon. Ada yang kata kejadian tu berlaku sebab cermin kereta Charles tak cukup gelap. Ada juga yang bertanya pasal harga dan jenis dashcam yang Charles gunakan. Tapi kebanyakannya kecam dan maki lelaki yang pecahkan kereta dia tu.

“Cermin tak gelap, itu pasal penyamun nampak barang dekat dalam. Inilah akibatnya cermin tak gelap.”

“Kasi tangkap ini penyamun. Anyway, apa dashcam you pakai?”

“Tak sia-sia kamu pakai dashcam ini. Dekat mana nak beli?”

“Muka macam p*kimak l*hanat ni. Jangan risau, kejap je polis buat keje nanti.”

“Ada banyak peluang kerja, nak juga mencuri. Memalukan bangsa je!”

Harap pihak polis dapat tangkap dua orang malaun tu secepat mungkin!

Baca: “Bebal sangat ni kenapa….” – Plan ‘Baik’ Pakcik Nak Curi Berlian RM 1.3 juta Kantoi Lepas…

Featured 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.