Nama Netflix sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi lepas wayang kena tutup sementara time PKP dulu. Hampir semua duduk rumah layan Netflix je. Termasuk lah admin.
Semalam @NetflixMY ada upload satu video pasal sarikata Bahasa Melayu. Iye, Netflix nak masukkan subtittle BM dalam platform dorang. Bukan tu je, button interface dan language setting pun boleh tukar ke BM. Korang tengok lah video dorang kat bawah ni.
🎉Selamat Hari Merdeka Malaysia! Netflix is now in Bahasa Malaysia.🎉
In #NetflixBahasasini, Fariz, our local jurubahasa, takes on the huge task of translating Netflix to BM with his POWER team that includes Dato’ Awie, @EllaAminuddin, @Altimet, @Zamaeraaa, & @ZeeAvi. 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 pic.twitter.com/pvHFldgsJt
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) August 28, 2020
Jangan translate merapu sudah
Usaha Netflix itu mendapat perhatian netizen. Ada yang kecam dan ramai gak yang puji dengan usaha murni ni.
Betul, ada kaki movie struggle nak faham cerita sebab penguasaan Bahasa Inggeris yang tak seberapa. Mungkin dengan cara ni, dorang boleh didedahkan dan faham cerita yang best-best kat Netflix tu.
Haa ni kalau jadi paling style. Tapi jenuh gak nak baca weh. Kena ada slang Kelate memang bertambah struggle nak baca, apatah lagi nak faham.
Kan.. dalam video tu dorang demo sikit je. Kalau direct translate memang jauh weh makna sebenar yang nak disampaikan.
Baca: Netflix Dikecam Lepas Keluarkan Trailer ‘Cuties’, Filem Yang Menonjolkan Unsur Seksual Kanak-kanak