Sebuah kelab bola sepak menjadi perbualan ramai setelah mereka memperkenalkan jersi terbaru pasukan itu yang memaparkan gambar sosej pada baju pemain. Manakala penjaga gol pula memakai jersi yang dihiasi dengan gambar sayur campuran.
Portal Mirror melaporkan, Kelab Bedale AFC sememangnya mempunyai reputasi kerana sering memperkenalkan jersi-jersi dengan rekaan yang memang sukar ditemukan pada jersi kelab bola sepak lain.
Sebelum ini, kelab bola sepak berkenaan mendapat perhatian selepas mereka mengeluarkan jersi lut sinar dengan rekaan anak panah yang menunjukkan ke arah bahagian sulit pemain yang hanya mengenakan boxer berwarna jingga,
Mungkin kedengaran seperti tak senonoh tapi jersi terbabit sebenarnya dihasilkan untuk mengumpul dana untuk badan kebajikan Prostate Cancer UK.
Sekali lagi bertujuan untuk mengumpul dana bagi badan kebajikan sama, Bedale AFC kali ini memperkenalkan pula jersi yang memaparkan gambar hidangan klasik British dikenali sebagai Toad in the Goal.
Untuk pengetahuan, Toad in the Goal adalah satu hidangan sosej yang dihidangkan di dalam Yorkshire Pudding. Hidangan ini selalunya akan dilengkapi dengan beberapa hidangan lain seperti kuah bawang dan sayur campuran.
Menurut sumber, pemain akan mengenakan jersi dan seluar pendek yang memaparkan gambar hidangan ini dan dipadankan dengan stokin berwarna hijau. Manakala penjaga gol pasukan ini pula akan mengenakan jersi dan seluar pendek dengan gambar sayur campuran.
Kalau korang sangka jersi ni tak mendapat sambutan, sangkaan korang salah sebab menurut Pengerusi Bedale AFC, Martyn Coombes, jersi yang ditaja oleh jenama sosej Heck ini menerima terlalu banyak tempahan. Uish popular betul jersi ni!
Selain jersi hidangan Toad in the Hole ini dan jersi lut sinar, Bedale AFC turut pernah mengeluarkan rekaan jersi dengan gambar sosej dengan sos mustard dan cili.
Sumber: Mirror
Baca: Terima Tajaan Spotify, Jersi Barcelona Bakal Dihiasi Dengan Logo BTS?