Setelah dua tahun beraya dalam PKP, sudah semestinya kita semua tak sabar-sabar lagi untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini dengan penuh kemeriahan kerana negara kita sudah di Fasa Peralihan Endemik.
Pun begitu, menerusi perkongsian TikTok Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, beliau katanya dijangka akan mengumumkan ‘sesuatu’ berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan. Uiks apakah itu?
Minggu depan saya akan umumkan ‘update‘ berkenaan dengan sambutan hari raya… jeng, jeng, jeng… dan juga beberapa pengumuman lain yang penting,” katanya.
Ingatkan warga emas dapatkan dos penggalak
Selain daripada perkhabaran mengenai pengumuman ‘rahsia’ itu, Khairy juga memberi peringatan agar warga emas segera mendapatkan dos penggalak menjelang raya ini.
Menurutnya lagi, sudah 18 hari negara membuka sempadan dan sambutan Aidilfitri juga bakal tiba tidak lama lagi, jadi adalah lebih penting untuk rakyat tidak leka dalam melawan Covid-19.
Apa yang paling penting ialah melindungi yang berisiko daripada dijangkiti wabak ini.
Booster kedua untuk warga emas berisiko tinggi, booster untuk remaja berisiko tinggi, Paxlovid to treat high risk COVID-19 patients and now you can take a professional COVID-19 RTK test virtually. More updates next week. https://t.co/e8bKedDQ5j pic.twitter.com/6K62NShIHE
— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) April 18, 2022
Apa agaknya ye yang bakal diumumkan menteri kesihatan kita ni? Berdebar-debar min jadinya…
Baca: [TERKINI] Individu 60 Tahun Ke Atas Boleh Dapat Dos Penggalak Kedua – KJ