in

Jenazah Bayi Dibekukan Selama 2 Minggu Kerana Bapa Tak Mampu Bayar Bil Hospital

ft bayi meninggal dunia

Satu kisah hiba yang telah meruntun hati netizen apabila melihat nasib anak syurga ini di mana bayi yang meninggal dunia terpaksa dibekukan di sebuah hospital swasta.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh individu yang bekerja dalam unit khas van jenazah yang dikenali Mr Wan Cai Official, dapat dilihat jenazah bayi tersebut dalam keadaan beku dan ada beberapa individu cuba melakukan proses nyahbeku jenazah berkenaan.

Artikel berkaitan : Bayi Meninggal Dunia Akibat Terhidu Asap Rokok Masa Majlis Cukur Jambul

Artikel berkaitan : Bayi 6 Bulan Ditemui Meninggal Dunia, Pengasuh Tak Sedar Anak Jagaan Lemas Tertutup Selimut

Menurutnya, bayi tersebut sudah meninggal dunia pada 24 November lepas, tapi jenazah itu ‘ditahan’ oleh pihak hospital swasta kerana bapa kepada anak syurga ini tidak mampu membayar bil.

“Menurut kata si ayah, isterinya mengadu sakit sebelum dihantar oleh jirannya ke hospital tersebut. Ketika kejadian, beliau sedang bekerja dan bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tentang keadaan isterinya.”

Disebabkan itu, mereka terpaksa menggunakan air panas yang dicampur dengan air paip untuk melembutkan tubuh dan sendi-sendi bayi tersebut. Bagaimanapun, pemilik video ini bakal menjelaskan permasalahan kisah anak syurga ini dalam perkongsian yang selanjutnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang yang terkilan dengan sikap pihak hospital swasta tersebut dan ada yang mendoakan bayi ini.

hp hp 2 hp 3 hp 4 hp5

Allahuakbar, sedih rasanya bila jadi macam ni, salam takziah buat keluarga ini dan semoga segala urusan dipermudahkan. Al-fatihah.

Sumber : Facebook