Siapa saja tak kenal jenama Mr. D.I.Y? Di setiap ceruk rantau dalam Malaysia ini, walau di mana-mana negeri sekali pun, pastinya akan ada sekurang-kurangnya satu cawangan kedai serbaneka ini.
Baru-baru ini, jenama gergasi tempatan ini membuka cawangan pertamanya di Istanbul, Turki. Ini merupakan cawangan pertama mereka di benua Eropah.
Dari Jalan TAR ke Istanbul
Bermula sebagai kedai menjual perkakas rumah, Mr D.I.Y membuka cawangan pertamanya di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur pada Julai 2005.
Tidak seperti sekarang, cawangan pertama mereka sebelum ini hanya tertumpu kepada barang logam dan perkakas untuk membaik pulih rumah.
Kini, jenama ini telah berkembang kepada lebih 700 buah cawangan di serata negara. Mr D.I.Y juga turut berkolaborasi bersama nama-nama pasaraya besar termasuklah Giant, AEON, AEON Big dan Lotus’s.
Mr D.I.Y sebelum ini turut membuka dua lagi anak syarikat termasuklah Mr. Toys yang menjual permainan kanak-kanak dengan harga berpatutan. Selain itu, Mr. Dollar pula menjual pelbagai jenis barangan berjenama dengan harga tetap RM2 dan RM5
Tidak cukup dengan itu, Mr D.I.Y meluaskan empayarnya dengan membuka ratusan cawangan di negara-negara Asia lain seperti Indonesia, Thailand, Brunei, India dan Filipina.
Bermula dari sebuah kedai perkakas rumah di Jalan TAR hingga melebarkan sayap ke Istanbul adalah satu pencapaian yang patut dibanggakan.
Kedutaan Turki Beri Penghargaan Di Facebook
Pembukaan cawangan kedai serbaneka tersebut turut disambut baik oleh Kedutaan Turki di Malaysia yang turut mengucapkan tahniah melalui perkongsian di Facebook. Menurut post tersebut, Mr D.I.Y disebut sebagai francis pembaikan rumah terbesar di Asia Tenggara.
https://www.facebook.com/TCKUALALUMPUR/posts/263591049148887
Dah sampai Eropah nampaknya jenama negara kita ni. Cayalah Mr. D.I.Y!
Sumber: Facebook
Baca: “Seronok, katanya hilang rindu” – Pelajar Malaysia Teruja Terjumpa Myvi Dekat Scotland