Syarikat aiskrim Inside Scoop akur arahan dengan menghentikan serta-merta penjualan aiskrim berperisa ubat batuk Pei Pa Koa susulan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam.
Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan Inside Scoop di laman media sosial mereka, pelanggan yang memesan aiskrim perisa itu secara dalam talian boleh meminta untuk pemulangan semula wang.
“Kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul,” ujarnya.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Like a honey from China” – Netizen Terhibur Zayn Malik Kongsi Minum ‘Madu’, Tapi Rupanya..
Artikel berkaitan: Ubat Batuk Disyaki Jadi Punca Lebih 200 Kanak-Kanak Maut Di Indonesia?
Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) produk kawalan dadah
Terdahulu, KKM mengeluarkan arahan kepada semua premis yang menjalankan aktiviti penjualan produk aiskrim yang dicampur ubat batuk tradisional Pei Pa Koa (Cap Ibu dan Anak) menghentikan serta-merta penjualan produk itu bagi keselamatan pengguna.
Arahan itu susulan semakan KKM melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) terhadap aktiviti penjualan produk berkenaan di premis ditularkan yang mendapati aiskrim berkenaan disediakan bersama picagari berisi ubat batuk Pei Pa Koa.
Katanya, mengikut Seksyen 13B (2) Akta Makanan 1983 tidak membenarkan penyediaan atau penjualan apa-apa makanan yang diadukkan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Kenyataan Media Kementerian Kesihatan Malaysia
Larangan Jualan Produk Ais Krim Yang Dicampurkan Dengan Ubat Batuk Pei Pa Koa pic.twitter.com/bMBvZZS2E1
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) July 30, 2024
Difahamkan, ubat batuk Pei Pa Koa adalah produk berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah, KKM di bawah kategori tradisional yang digunakan untuk melegakan sakit tekak serta batuk dengan kontraindikasi bagi wanita hamil seperti yang dinyatakan pada label.