Semalam telah berlangsungnya Konsert solo Faizal Tahir di Dewan Merdeka, World Trade Centre (WTC). Dengan kehadiran lebih 3,000 peminat, konsert itu dipenuhi dengan aksi spontan.
Antara yang menarik perhatian ramai adalah apabila Faizal memanggil Penyanyi Nombor Satu Negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza ke pentas. Tanpa melengahkan masa, penyanyi yang lebih mesra dengan sapaan TokTi itu menaiki pentas dan mendendangkan lagu Dirgahayu.
Usai dendangan lagu itu, Faizal mendedahkan suatu perkara yang tak ramai orang tahu. Menerusi video @IniAlalalannn kita dapat tahu siapa sebenarnya pemilik suara misteri dalam salah satu lagu hit Faizal Tahir berjudul ‘Karma’.
Cerita di sebalik part back up vocal “heiii heiii” dalam lagu Karma dalam album Adrenalin 😂 Berani ya Faizal Tahir contact mintak Siti Nurhaliza nyanyi part heii heii je 😂🤣 yang penting Siti pun melayan je datang studio record jugak sebab nak support rakan dalam industri ❤️ pic.twitter.com/pMyuVMGa8t
— ALAN (@IniAlalalannn) September 3, 2023
Menerusi konsert yang berlangsung hampir tiga jam dan diketuai oleh Pengarah Konsert, Jennifer Thompson, Faizal menyanyikan lebih 21 lagu.
Antaranya lagu yang disampaikan adalah Mahakarya Cinta, OK, Bencinta, Karma, Cuba, Assalamualaikum, Ragaman, Gemuruh dan Santai.
Baca: “Luar bidang kuasa saya” – Faizal Tahir Perjelas Isu Tiket Konsert Dikatakan Mahal