Jemaah masjid di New York, Amerika Syarikat terkejut dengan kehadiran seorang penyanyi terkenal, Shawn Mendes ke solat jumaat baru-baru ini.
Penyanyi yang berasal dari Kanada itu hadir ke Masjid New York University bersama sahabatnya Mustafa Ahmed, yang juga seorang penyanyi beragama Islam.
Artikel berkaitan: Wanita Warga Emas Berusia 101 Tahun Peluk Islam
Artikel berkaitan: “Bapak sombong” – Viralkan Video Shawn Mendes Berlagak Dengan Peminat Di KLCC, Lelaki Ni Dikecam Balik Sebab…
Memetik laporan Sinar Harian, kehadiran penyanyi lagu ‘Stiches’ yang tidak dijangka itu mengundang pelbagai reaksi jemaah masjid dan orang ramai, malah ada yang tidak percaya dengan perkhabaran tersebut.
Penyanyi berusia 26 tahun itu juga dilihat duduk dan mendengar khutbah Jumaat bersama dengan jemaah lain.
Mendes juga dilihat turut berdiri dalam saf dan belajar tentang cara solat Jumaat