in

Jemaah Haji Dari Togo, Afrika Barat Melahirkan Bayi Ketika Di Padang Arafah

Padang Arafah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang jemaah haji wanita telah menarik perhatian ramai apabila jemaah tersebut dilaporkan telah melahirkan bayinya ketika berada di Padang Arafah untuk ibadat haji pada musim haji pada tahun ini.

Memetik laporan Gulf News, ketika berada di dalam khemah jemaah haji di Padang Arafah, jemaah haji wanita dari Togo, Afrika Barat itu tiba-tiba merasakan sakit seperti mahu bersalin.


Difahamkan, wanita itu kemudiannya dipindahkan dengan segera ke pusat kesihatan lapangan oleh pasukan perubatan Bulan Sabit Merah Arab Saudi.

Pusat kesihatan itu difahamkan mempunyai kelengkapan untuk prosedur bersalin.

arafah
Gambar Sekadar Hiasan

Artikel Berkaitan: “Hanya diagihkan ketika jemaah tiba di tanah air” – Ini Sebab Kenapa Jemaah Haji Tak Boleh Bawa Pulang Air Zamzam

Artikel Berkaitan: “Undangan dari Allah” – Terkenal Dengan ‘Content’ Cuci Masjid, Pemuda Ini Dapat Tunai Haji Jemputan Arab Saudi

Bayi jemaah haji itu dilahirkan dengan selamat dan kedua-dua ibu dan bayi juga dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

gambar hiasan baby
Gambar Sekadar Hiasan

Untuk pengetahuan semua, jemaah haji wanita dari Togo itu merupakan antara ribuan jemaah khas yang dijemput dari 100 negara di bawah program Tetamu Penjaga Dua Masjid Suci untuk Haji, Umrah dan Ziarah yang ditaja oleh kerajaan Arab Saudi.

Sumber: Gulf News

Sumber: AFP/Kosmo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.