in

“Jem parok wei!” – Try Cara Ni Kalau Tak Nak Tempuh Traffic Jam Kat Bentong & Raub

Untitled Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ada yang dah kenyang makan ketupat ke tu? Ke masih makan jem lagi?

Kebiasaannya setiap kali Hari Raya Aidiladha, laluan-laluan utama yang menjadi penghubung Pantai Barat ke Pantai Timur atau negeri sebelah utara akan ‘dilanda’ kesesakan lalu lintas yang agak teruk.


Justeru, untuk mengelak daripada terperangkap dalam selautan kenderaan lain di atas jalan raya — ada yang membuat perancangan untuk bertolak pulang ke kampung halaman masing-masing pada waktu-waktu tertentu.

Itulah antara ‘ujian’ yang perlu ditempuhi anak perantau, demi melihat senyuman terukir di wajah kedua orang tua dan sanak saudara tercinta — walaupun sampai keras kejung pinggang mengadap trafik 10 – 15 jam.

Jem1

Sebenarnya, ada idea yang agak menarik macam mana nak melepasi Bentong dan Raub tanpa perlu menempuh traffic jam ketika musim perayaan — dan bagaimana nak sampai dari Ketereh ke Gua Musang dalam masa dua jam je.

Seorang pengguna Twitter, @MustaqimMazzlan ada berkongsi caranya.

Walaupun tak menjanjikan idea ini praktikal, tapi apa salahnya kalau korang cuba kan?

Katanya, memandangkan rumahnya betul-betul di atas bukit highway Kuala Lumpur – Karak dan bersebelahan dengan Tol Bentong — jadi beliau boleh meramal keadaan trafik semasa di kawasan itu.

Cuba tengok gambar ni, ia diambil pada sekitar pukul 5.45 petang dan lebuhraya masih dalam keadaan lengang.

Jem3

So, tips pertamanya adalah — pastikan korang dah melepasi Tol Bentong sebelum pukul 6 petang.

Kemudian…

Jem4

Jem5

Lepas tu esok bangun awal, antara pukul 6am ke 7am tu kena make sure dah check out dan memulakan semula perjalanan ke kampung halaman masing-masing sebab waktu tu ramai pemandu akan berhenti seketika untuk menunaikan solat Subuh.

So, jangkaannya dalam pukul 9am dah boleh sampai destinasi — siap dapat breakfast kat kampung lagi.

Jem6

Amacam? Bila baca komen-komen netizen, ramai jugak yang mengeluh sebab tak sampai-sampai lagi kampung masing-masing walaupun dah bertolak dari pagi buta lagi.

W

Ww

Www

Wwww

Next time mungkin korang boleh try tips ni kan? Apapun yang penting, pandulah dengan berhemah dan ingat orang tersayang. Kalau korang ada idea lain sudi-sudilah share jugak ye.

 

Baca: “Lagi sanggup hadap jem” – Lelaki Ini Kongsi Perbelanjaan Sebenar Balik Kampung Naik Public Transport

Zz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.