Sejujurnya, banyak makanan yang enak dan membuat kita terngiang-ngiang bila sebut tentang makanan Indonesia.
Lebih-lebih lagi, penganutnya yang majoriti Muslim memudahkan kita untuk mencari makanan yang halal.
Baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang pelancong luar negara membeli juadah terkenal Indonesia iaitu bakso goreng.
Artikel berkaitan: “Bahaya betul” – Netizen Terkejut Bapa Didakwa Belikan Anak-anak Daging Babi
Artikel berkaitan: Wanita Indonesia Bertudung Baca Surah Sebelum Makan Babi
Menerusi video yang dikongsikan, pelancong terbabit bertanya kepada seorang peniaga yang sedang menggoreng bakso.
Dapat dilihat, gerai peniaga itu terpampang tulisan ‘baso goreng babi’. Apa yang menjadi perhatian adalah peniaga itu merupakan seorang wanita bertudung.
@dalephilipvlogs Pork Meatballs in Bandung, Indonesia 🇮🇩 I visited the Sudirman Street Day and Night Market in Bandung. There’s a lot of non-halal food available here, including pork meatballs (Bakso Babi) and pork satay (Sate Babi.) #Indonesia #Bandung #Travel #TravelAdvice #SoloTravel #BudgetTravel #StreetFood #IndonesianFood
“Saya melawat Pasar Sudirman dan Pasar Malam di Bandung. Terdapat banyak makanan tidak halal dijual di sini, seperti bakso babi dan sate babi,” kata pelancong itu.
Bagaimanapun, perkongsian video itu mendapat reaksi berbeza apabila rata-rata yang meninggalkan komen berasa keliru dan mempersoalkan tindakan peniaga bertudung itu.
Tidak dapat dipastikan sama ada peniaga terbabit adakah seorang Muslim atau tidak, tetapi ia telah menimbulkan kekeliruan buat orang ramai.
Ada yang mendakwa, situasi itu adalah perkara biasa yang berlaku dan kita seharusnya peka untuk mencari makanan halal jika melancong di sana.
Hmm, harap pihak berkuasa di sana selesaikan isu ini.
Sumber: TikTok