in

Jem Kebanggaan Australia Yang Sudah 123 Tahun Di Pasaran Kini Ada Pemilik Baru, Rupanya ‘Bos Susu’ Yang Beli!

bos susu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang tak kenal dengan ‘Bos Susu’ atau Azmi Zainal yang mana perniagaannya, jenama susu tempatan Farm Fresh kian meniti di bibir pembeli.

Kisah Azmi dalam membangunkan serta mempopularkan jenama susu tersebut sering menjadi sebutan dan inspirasi buat semua tambahan pula beliau sering muncul sebagai penaja bagi rancangan realiti TV di Malaysia.


Pun begitu, baru-baru ini, nama bos susu kembali menjadi sebutan ramai selepas beliau berkongsi perkembangan terbaru mengenai perniagaannya.

Menerusi perkongsian Azmi di Facebook, beliau menceritakan bagaimana Farm Fresh kini berjaya mengembangkan perniagaan hingga ke luar negara dengan pemilikan sebuah kilang di Australia.

142406532 3742921862410413 7217768154631634667 o

 

“Kami membeli syarikat jem ternama Australia” 

Menurut Azmi, syarikat beliau kini sudah melabur lebih dari RM100 juta untuk persediaan syarikat tersebut berkembang ke Asia Pasifik dan peringkat global.

Pelaburan itu kini makin menampakkan hasil dan mereka juga telah membeli ladang genetik serta ladang ternakan sehinggalah kini ke pembelian sebuah kilang di Australia.

“Untuk membina kilang baru di Australia, ia akan mengambil masa dan macam-macam kriteria yang ketat. Kami membuat keputusan untuk membeli kilang sedia ada. Maka bermulalah taichi kami di sana. 

“Kami membeli sebuah kilang jem yang mempunyai keluasan 20 ekar agar boleh di ‘extend’ kepada kilang susu,” katanya.

143129353 3742922122410387 7233344062873320862 o

142335341 3742922069077059 9218700714699939198 o

 

“Rakan kami cakap orang sana panggil kami ‘The Market Disrupter'”

Walau bagaimanpun, pengambilan kilang jem tersebut telah menjadi buah mulut dunia korporat di sana kerana mereka sebenarnya telah membeli syarikat jem ternama di Australia iaitu ‘Henry Jones Ltd’ yang mengeluarkan jenama jem terkenal IXL. Wah! 

Henry Jones Pte Ltd adalah kebanggaan Australia kerana ia adalah syarikat warisan yang berusia 123 tahun. Mereka tertanya-tanya siapakah pemilik baru Henry Jones. 

“Jem IXL pula sangat popular di sana dan di eksport ke Europe, Middle East, China, Hong Kong dan sebahagian Asean. Rakan kami, Adam cakap orang sana panggil kami ‘The Market Disrupter’,” katanya lagi.

142736587 3742922022410397 333102000264109363 o

Tambah Azmi lagi, jenama IXL kini sudah ada di Malaysia dan ia juga milik rakyat Malaysia. Dia berharap pengguna akan menyokong dan membeli jenama IXL kerana ia adalah jenama milik Malaysia. Cayalah bos susu! 

https://www.facebook.com/NuClenz/posts/3742982019071064

Semoga syarikat bos susu kita terus berkembang maju. All the best! 

Baca: “Kami hantar susu naik bas ekspres” – Pernah Diketawakan Promoter & Buyer, Bos Farm Fresh Cerita Jatuh Bangun Bisnes

susu 1

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.