in

“Jeles lah tu”- Penyelidik Ragui Keberkesanan Sputnik V Sebagai Vaksin Covid-19 Pertama Dunia, Sebab…

Bb 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada minggu lalu, Presiden Rusia, Vladimir Putin telah membuat satu pengumuman yang mengejutkan dunia apabila mengumumkan penghasilan vaksin bagi COVID-19 yang dinamakan sebagai Sputnik V.


Vaksin ini dikatakan akan mula dihasilkan dalam skala besar untuk kegunaan petugas kesihatan dan golongan yang berisiko tinggi terlebih dahulu. Bagi pegeluaran untuk pasaran dunia pula akan mula dipasarkan menjelang Januari 2021.

B2 2 1

Namun, perkongsian berita ini tidak disambut baik oleh beberapa pihak khususnya para penyelidik di dunia yang mengatakan bahawa vaksin yang dihasilkan masih di tahap percubaan.

Sputnik V tidak memenuhi fasa ketiga ujian klinikal

Menerusi laporan Sinar Harian, dalam penghasilan sesebuah vaksin, terdapat tiga peringkat ujian sebelum boleh dipasarkan. Namun, penyelidik Rusia hanya melakukan pra pendaftaran ujian fasa pertama dan kedua yang selesai pada awal bulan lalu.

Ini kerana Rusia telah menggubal undang-undang yang menghapuskan keperluan untuk ujian fasa ketiga sebelum mendapat kelulusan.

Pada fasa pertama dan kedua, vaksin Sputnik V hanya diuji ke atas 75 individu, malah dilaporkan tiada laporan klinikal yang diterbitkan.

B1 2 1

Oleh sebab itu, Dr Scott Gottlieb, Bekas Pesuruhjaya Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) di Amerika Syarikat berpendapat bahawa…

“Kajian bagi sesebuah vaksin sepatutnya dijalankan dalam skala yang lebih besar bagi melihat keberkesanan dan kesan sampingan vaksin tersebut.”

Pengarah Institut Elergik dan Penyakit Berjangkit Kebangsaan AS, Dr Anthony Fauci pula mengatakan bahawa proses penghasilan vaksin ini amat meragukan dan beliau bimbang jika vaksin ini memberi kesan yang buruk kepada pengguna.

“Saya berharap penyelidik di Rusia dapat membuktikan vaksin itu selamat dan berkesan. Saya benar-benar meragui ujian tersebut”

“Mereka berasa tercabar” – Menteri Kesihatan Rusia

Selepas beberapa penyelidik antarabangsa mula mempertikaikan keberkesanan Sputnik V, Menteri Kesihatan Rusia, Mikhail Murashko dengan serta merta menolak dakwaan tidak berasas itu dan menyifatkan tindakan tersebut dilakukan kerana rasa tercabar dengan kemajuan yang dimiliki oleh Rusia.

“Nampaknya, rakan penyelidik asing berasa tercabar dengan kemajuan awal penghasilan vaksin Covid-19 dibuat Rusia dan cuba menyatakan pendapat negatif masing-masing”

B3 1

 

Apa-apa pun yang menjadi keutamaan adalah keberkesanan vaksin tersebut dan bukannya menjuarai ‘perlumbaan’ siapa yang paling awal menghasilkan penawar untuk COVID 19.

Baca: BERITA BAIK! Rusia Berjaya Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Di Dunia

B 2 3

Sumber: BBC
Sumber: See News

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.