in

JDT Didenda Lebih RM100,000 Oleh AFC

JDT

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kelab bola sepak, Johor Darul Ta’zim (JDT) dikenakan denda sebanyak AS$24,000 (bersamaan kira-kira RM103,008) oleh Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) berikutan insiden melibatkan penyokong dan pemain semasa perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) menentang Buriram United, Mac lalu.

Screenshot 2025 05 18 at 11.09.06 AM

Menurut Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC, JDT didapati bersalah atas tiga pertuduhan: tingkah laku tidak terkawal penyokong, kelemahan dalam pengurusan perlawanan, serta kegagalan menunjukkan semangat kesukanan selepas kekalahan 0-1 dalam aksi timbal balik pusingan 16 di Stadium Sultan Ibrahim.


Artikel berkaitan: Polis Tahan 2 Individu, Peras Ugut Son Heung-min

Artikel berkaitan: JDT Perkenal Pemain Baharu, Jese Rodriguez, Pernah Bermain Untuk Real Madrid & PSG

Memetik laporan Sinar Harian, insiden bermula apabila jaringan Jorge Obregon pada minit ke-97 dibatalkan kerana ofsaid, yang mencetuskan kemarahan penyokong. Sebahagian mereka bertindak membaling objek ke arah penjaga garisan, Abdulhadi Al-Enezi.

Screenshot 2025 05 18 at 11.10.45 AM

Sebagai hasil siasatan, AFC mengeluarkan tiga jenis denda berasingan iaitu, RM42,920 kerana melanggar Artikel 65.1 – berkaitan kelakuan tidak sopan penyokong, RM55,796 kerana melanggar Artikel 64.1 – berkaitan kelemahan dalam organisasi perlawanan, RM4,292 kerana melanggar Artikel 50.1 – berkaitan tingkah laku tidak profesional pemain.

AFC turut menetapkan bahawa semua denda ini perlu dijelaskan dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan dimaklumkan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.