in

“Jauh merantau” – Kucing Dah Hilang 4 Hari Di Pergunungan Salji, Ikut Pendaki Sebab Tak Nak Bersendirian

feature 4 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Orang yang pelihara kucing je yang faham macam mana sedih dan paniknya apabila kucing kesayangan kita hilang. Berhari-hari jugak lah baru kucing ni jumpa jalan pulang.

Namun, bagi kucing ini pula, ia bukan hanya tersesat di sekitar kawasan rumahnya. Ia sebenarnya dah tersasar hingga ke puncak gunung! Menurut Daily Mail UK, kucing terbabit dikatakan telah mengikut dua orang pendaki iaitu Cyril Rohrer dan Erik Rohrer ketika sedang mendaki Gunung Bristen di Switzerland.


kucing 2

Rupa-rupanya, kucing tu dah hilang selama 4 hari dan ini merupakan kali ketiga ia sampai ke puncak gunung sebab sepanjang beberapa hari tersebut, ia juga telah mengikuti jejak pendaki lain. Haiwan comel ini juga dipercayai telah mengikut jejak pendaki sebab tak mahu keseorangan selepas jauh tersesat dari tempat asalnya di bandar berdekatan.

kucing 3

Menurut Cyril, mereka terdengar bunyi kucing mengiau pada sekitar jam 4.30 ketika berada di ketinggian 1200 meter.

Ketika ditemui, kucing itu nampak takut dan keliru. Namun, kami tak dapat nak tinggalkannya, jadi kami jaganya sambil mendaki,” katanya.

Namun, kucing tersebut mula menggigil dan kakinya juga mula berdarah disebabkan salji. Kedua-dua pendaki yang baik hati ini juga menceritakan bahawa mereka akan menggendong kucing tersebut jika ia nampak penat.

kucing 5

Untuk korang yang pencinta haiwan, jangan risau sebab kucing ni dah selamat kembali kepada tuannya dengan bantuan sekumpulan pendaki lain yang membawanya turun ke kaki gunung. 

Sumber: Daily Mail, Metro UK

Baca: Terjumpa Anak Kucing Terbiar Tapi Tak Tau Nak Buat Apa? Ni 5 Perkara Yang Korang Boleh Buat

kucing

Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail
Sumber: Daily Mail

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.