Air yang dicincang tidak akan putus, pepatah yang sangat sinonim dengan hubungan antara adik beradik dan ahli keluarga lain. Contoh terbaik yang kita dapat lihat adalah menerusi satu video yang sedang tular di media sosial ini.
Ia membuatkan ramai netizen menitiskan air mata apabila melihat 2 beradik kembali berdamai setelah sekian lama tidak bertegur sapa.
Berdamai lepas lama tak bertegur sapa
Dalam video yang dikongsikan oleh Intan Norumira yang telah meraih 2.6 juta jumlah tontonan dalam masa sehari. Menurut Intan, ayahnya dikatakan sudah lama tidak bertegur sapa dengan pakciknya.
Dilihat ada lelaki sedang menyuap makanan kepada abangnnya tetapi abangnya enggan terima suapan itu, namun begitu setelah dipujuk oleh ahli keluarga lain, rasa sebak mula timbul apabila si abang akhirnya terima suapan tersebut dan mereka berpelukan.
Kelihatan semua yang ada di dalam video tersebut telah menitiskan air mata, setelah melihat akhirnya mereka telah berdamai.
‘”Alhamdulilah…setelah kian lama tidak bertegur sapa kerana ada selisihan faham. Akhirnya hubungan kembali seperti dulu..terima kasih pakcik makcik, sepupu semua bersama berusaha untuk pulihkan hubungan abah denagn Cik Amil..Kami sayang semua.”
@intanorumira Alhamdulilah…setelah kian lama tidak bertegur sapa kerana ada selisihan faham.akhirnye hubungan kembali seperti dulu..terima kasih pakcik makcik,sepupu semua bersama berusaha untuk pulihkn hubungan abah dgn cik amil..kami sayang semua..🫶🏻🫶🏻 #Familysday2023#samanmahjurA#kembaliterjalincover #sayangselamanya
Difahamkan detik indah buat keluarga ini terjadi ketika Intan sekeluarga mengadakan Hari Keluarga dimana semua saudara mara berkumpul.
Memandangkan perkongsian itu tular dan membuatkan netizen rasa sebak apabila melihatnya. Intan ada muat naik satu lagi video kongsikan kejadian sebelum berlakunya sesi pujuk memujuk, dalam video itu, dilihat kesemua adik beradik berkumpul untuk disuap makanan oleh si abang.
Bagaimanapun dilihat si adik yang duduk di sebelahnya tidak menerima suapan itu tetapi setiap seorang yang lain menerimanya.
“Sebelum sesi pujuk memujuk..masing0masing ada ego masing-masing..Masing-masing ada masalah tersendiri hanya mereka yang tahu isi hati sendiri..dengan majlis ni kami dapat berkumpul beramai-ramai..dan menyatukn kembali hubungan abah dengan adiknya..ALHAMDULILAH.”
@intanorumira Sebelum sesi pujuk memujuk..masing2 ada ego masing2..masing2 ada masalah tersendiri hanya mereka yang tahu isi hati sendiri..dengan majlis ni kami dapat berkumpul beramai2..dan menyatukn kembali hubungan abah dgn adiknye..ALHAMDULILAH.😭😭
Melihat video tersebut, ramai netizen turut menitiskan air mata dan tumpang sebak melihat hubungan mereka yang kembali pulih.
Dalam pada itu, ramai juga yang memuji sikap mereka sekeluarga kerana tiada yang batu api dan tiada yang tukang pecah belahkan antara mereka.
Gugur air mata lelaki saya – Netizen
Allahu, min pun dari tadi cover muka dekat office tahan menangis.
Baca : Abang Viva Dah Berdamai Dengan Keluarga, Bakal Bersanding Hujung Tahun Ini