Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang diadakan pada 19 November lepas telah menyaksikan ramai nama-nama besar penyandang kerusi parlimen telah kalah di kawasan mereka.
Pengundi di Parlimen Sungai Besar (P093) juga telah mengundi calon Perikatan Nasional, Cikgu Muslimin Yahaya sekaligus mengalahkan penyandang kerusi tersebut, Datuk Seri Jamal Yunos.
Susulan kekalahan Jamal Yunos, melalui sebuah posting di Facebook, dia telah mengimbau kembali segala usahanya kepada rakyat Sungai Besar yang dikatakan seolah-olah tidak menghargai segala jasanya.
https://www.facebook.com/DatoSriJamalYunos/posts/pfbid034vkfQmEhPDPrQQ6HEEEUWrxUTGqPTavQW6UzQxFnBznyMBKp4QPxmNSvTPxYRpuZl
Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam (20 November) itu, dia telah mengucapkan terima kasih kepada semua penduduk Sungai Besar walaupun dia telah kalah di kawasan tersebut.
Dia telah mengambil masa untuk berfikir semula tentang semua tindakannya semasa menjadi pemimpin tinggi parti di Sungai Besar.
“Aku menjadi runsing tatkala aku berfikir. Apa dosa aku di saat ini?”
Jamal juga telah berkongsi yang dia pernah dilabel sebagai samseng baju merah dan juga perosak negara sewaktu dia menjerit di tengah khalayak ramai demi membela demokrasi negara.
Selain itu, dia juga pernah digelar gangster belaan UMNO apabila dia cuba untuk menghalang Oktoberfest, iaitu pesta yang melibatkan arak.
Dia juga pernah direman dan dibicarakan ke mahkamah hanya kerana dia membongkar pusat judi haram.
“Sedekad lamanya berkhidmat sepenuh jiwa raga dan tenaga menjadi pemimpin tinggi parti di Sungai Besar, akan tetapi semuanya tergantung sepi.”
“Terima kasih warga Sungai Besar kerana diri ini rasanya tidak dihargai,” tulisnya.
Dalam pada masa yang sama, dia juga berkata yang dia dibenci hanya kerana dia bertuala di SUK tanpa memikirkan maruah dirinya yang diketepikan demi rakyat.
Walaupun menerima kecaman dan tomahan, Jamal tetap menjalankan tugasnya menjadi wakil rakyat.
“Cemuhan dan cacian menjadi sarapan tetapi tiada yang aku harapkan selain di percaya masyarakat sebagai wakil rakyat.”
Jamal merasakan yang mungkin dirinya salah dalam politik, kerana dia tidak berdiam diri, pekak dan buta untuk semua masalah rakyat.
“Kadangkala yang diam dan berlakon baik mudah mendapat tempat dihati rakyat,” tambah Jamal di dalam kenyataannya itu.
Kenyataan itu diakhiri dengan kata-kata mendalam darinya dan disertakan dengan terima kasih sebagai penutup.
Apa kata netizen?
Rata-rata warganet menyebelahi Jamal dan menyuruhnya untuk berehat buat kali ini agar dapat membuat comeback untuk PRU seterusnya. Mereka turut memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Ada juga warganet yang sebaliknya masih memberikan kecaman dan tomahan kepada bekas wakil rakyat Sungai Besar itu.
Terdahulu, Jamal telah kalah di kerusi Parlimen Sungai Besar kepada calon PN Cikgu Muslimin Yahaya yang mendapat lebih daripada 19,000 undian.
Apa pendapat korang dengan DSJY ni?